21 October 2013

NURSING PILLOW KEKABU ASLI


Kekabu asli telah digunakan di zaman nenek moyang kita sebagai bahan untuk membuat bantal & tilam. Kini, ia semakin dilupakan dengan adanya bantal berteknologi moden. Namun, masih ramai yang tercari-cari bantal & tilam kekabu asli kerana keselesaan & kegebuannya yang tiada tandingan...

Ayuh ! Dapatkan NURSING PILLOW KEKABOO yang GEBOO untuk keselesaan anda & si comel anda !!!



Keselesaannya sehingga menjilat jari...Baby Arissa bergaya dengan Nursing Pillow yang diperbuat daripada kekabu asli...begitu flexible boleh juga dijadikan bantal untuk si manja anda landing sambil menjalankan aktiviti harian sebagai seorang baby


Muka agak ketat kerana terpaksa menjadi model yang tak berbayar...takpe habis shoot nanti mummy upah susu ya manja !


Memang terbaek ! Isyarat bagus ditunjukkan oleh Arissa tanpa dipaksa menunjukkan dia berasa begitu selesa berbaring atas Nursing Pillow tajaan Muhas Collections...kelihatan masih ada ruang untuk mummy & papa baring disebelahnya


Possing dulu sebelum nenen...gaya Arissa sebelum menyusu


Muka ceria selepas mendapat upah susu


Susu ibu memang kegemaran saya...say no to susu lembu 

••●❀ KEISTIMEWAAN NURSING PILLOW KEKABU ASLI ❀●••

- Menggunakan 100% kekabu asli / original (Gred A) 
- Diisi dengan menggunakan kekabu asli / Diisi dengan padat tanpa ruang kosong / Empuk lagi gebu (soft & comfort) / Tidak mudah leper & akan kembali ke bentuk asal walaupun digunakan berulang kali
- Sejuk & nyaman sesuai untuk penyusuan bayi yang lebih selesa
- Menggunakan fabrik yang bermutu tinggi *100% Pure English Cotton (tebal & tidak mudah koyak serta tidak turun warna) NON-BLEEDING / selamat untuk bayi / kain tidak berbulu walaupun dibasuh berulang kali
- Jahitan yang kemas & kuat serta tidak mudah tetas atau koyak / Tahan lebih lama boleh digunakan sehingga beberapa generasi 
- Harga TERENDAH & mampu milik setanding dengan kualitinya

Sila hubungi nombor berikut untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Call / SMS : 012- 605 4644 / 012-250 3517
WhatsApp / Viber / WeChat / Line : 012-250 3517 / 018-355 6619 
Email : muhascollections@gmail.com / odahonebizz@gmail.com
*nota kaki berbau :
Panduan minum susu kotak, goncang kotak sebelum minum...jangan meniup penyedut minuman ketika minum???

12 December 2012

TERIMA KASIH ENCIK CAPE


Pertama kali berhadapan dengan situasi tayar pancit...Adakah disebabkan kerana berat badan yang semakin bertambah disebabkan bawaan ibu mengandung?...atau dah memang takdir tayar nak pancit ditengah-tengah mentari yang memancar?

Oleh kerana ilmu nak ganti tayar memang takde...selalu cuma tengok F1 Race yang ganti tayar tak sampai 10saat tapi berat tayar yang lebih 10kilo ni memang tak larat kudrat nak mengangkat...maka simpati orang ramai yang lalu lalang ditagih ketika ini...malangnya, tak siapa sudi membantu

Sekali lagi timbul persoalan, mungkinkah kerana melihat perut perempuan yang membesar maka takde mana-mana lelaki perkasa yang sudi membantu?...kalau anak dara seksi sure ramai yang sudi membantu...tunggu punya tunggu ada jugak jejaka yang sudi tampil menyelesaikan masalah yang kian buntu

Dengan macho sekali mamat berbaju belang merah putih seakan-akan jalur gemilang (yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Cape) membuat  pertukaran tayar spare sambil diperhatikan oleh ibu mengandung yang tak berdaya sambil memakai baju berwarna hitam kuning

Semangat jalur gemilang seakan-akan terpancar dimuka Encik Cape sewaktu mengerah kudrat yang dipanah mentari...begitu juga semangat hitam kuning harimau malaya terpancar di wajah ibu mengandung sewaktu melihat aktiviti menukar tayar kereta giat dilakukan

Buat pertama kalinya jack dikeluarkan daripada perut kereta...rupanya ada Encik Jack yang tersembunyi dibawah tayar spare...berkilat lagi jack tu maklumlah tak pernah guna...selama ni dia tak dipedulikan tapi time-time camnilah khidmat & bakti beliau amat ditagih

Kalau tengok pada gaya En. Cape menukar tayar ni memang ibu mengandung tak larat nak buat...aktiviti fizikal yang memerlukan tenaga disamping ketahanan mental yang tinggi bekerja dibawah panas terik matahari 

Kesimpulannya, En. Cape memang seorang yang berhati mulia...dia juga merupakan seorang yang cekap dalam menukar tayar kereta kerana tidak sampai 15 minit tayar spare dah pun siap dipasang

Kecekapannya menukar tayar kereta mungkin melayakkan dirinya bekerja di pit Formula 1 suatu hari nanti...Insyallah, kami doakan...hanya Allah yang dapat membalas budi En. Cape yang tidak menerima wang ringgit sebagai balasan cukup sekadar ucapan terima kasih

*nota kaki berbau :
Hidup manusia kadang-kadang umpama tayar kereta, ada kala di atas ada kala dibawah...sampai masa akan pancit jua...bersedialah tatkala tayar pancit nanti dengan jack & tayar spare...pastikan tayar spare sentiasa mempunyai angin agar perjalanan yang aman dapat diteruskan semula

19 November 2012

ODAHONE 1 YEARS OLD


Baru angka 1...Hope, angka-angka ini akan meningkat secara berterusan sampailah  infinity, Insyallah...kalau budak umur setahun baru nak belajar berjalan...tapi, ada juga yang dah pandai berlari

Angka 1...Masih mencari arah tujuan & destinasi...masih meredah  jelapang padi untuk mencari sesuap nasi...masih mengenal hati budi...teruskan berpimpin tangan jangan ada yang jalan berseorangan

Angka 1...lepas ni akan berganjak ke angka 2...Insyallah, lepas ini kami tidak akan berdua, malah lebih daripada 2...pastikan tiada orang ke-3


*nota kaki berbau :
Setahun sudah berlalu, setahun sudah bersama, setahun sudah mahligai terbina, bertahun-tahun lagi bakal menjelma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...