18 July 2012

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #46




*nota kaki berbau :
Sorang Utara Sorang Selatan & berjumpanya di tengah-tengah...Menjelang 19 Ogos? Haruskah membaling dadu, mengikut sistem giliran atau kuasa VETO? 

10 July 2012

BILA IA DAH MULA BERKUMANDANG




Bila iklan kat atas ni dah berkumandang kat radio & tv, maknanya bulan puasa bakal menjelmalah tu...bila dengar iklan YUTA orang akan ingat tak lama lagi nak puasa & mesti kena beli kurma...yang paling best iklan ni masih mengekalkan suara perempuan yang seakan-akan berbisik sebut perkataan 'Yusof Taiyoob'...tak payah tengok just dengar jek pun kita dah tau ini ialah iklan kurma bukan iklan serbuk cuci mahupun iklan peluntur pakaian

Maybe trademark ni yang buat orang tertarik & sedar akan kehadiran kurma YUTA dipasaran walaupun ada banyak lagi jenama kurma kat Malaysia



Kalau kita nak pergi Penang ikut PLUS Highway memang akan nampak kilang@gudang saudagar kurma Datuk Yusof Taiyoob ni kat tepi highway...bangunan berwarna coklat cair dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar kat situ...Sure ada banyak stok kurma kat dalam tu kan...cukup untuk celebrate 3kali Hari Raya kot

Tapi, kalau iklan kurma keluar sebelum masuk bulan puasa kita boleh consider lagi sebab puasa & buah kurma memang tak boleh nak dipisahkan macam jugak irama & lagu...yang tak boleh blah bila keluar iklan perabot bertemakan promosi hari raya & macam-macam lagi...apa kena mengena bulan puasa dengan perabot? 

Ibadat puasa pun belum start lagi...ini memang dah lari tajuk...kalau buat karangan SPM memang pemeriksa dah tulis besar-besar kat situ 'TERPESONG'...memang kena repeat Julai Paper gamaknya

Time bulan puasa ni memang time semua orang buat duit...sebab tu lah sale kat sana sini even belum start puasa...juallah apa-apa pun sure laku & ramai yang beli...jual kuih, kain baju, perabot, cermin mata, minyak wangi & macam-macam lagi...even kalau jual penyapu yang ada tulis perkataan 'Selamat Hari Raya' pun still ada orang yang nak beli

Begitulah semangatnya orang kita nak beraya...anyway, marilah kita sama-sama buat persiapan mental, fizikal & rohani untuk mendapatkan keberkatan di bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi...cari rezeki sambil buat amal ibadat Insyallah hidup pun lebih berkat

*nota kaki :
Bulan Ramadhan bulan mulia bulan mencuci segala dosa...alangkah ruginya kalau tak dapat mencuci dosa dalam bulan Ramadhan ni, bulan pengampunan dosa

05 July 2012

FINAL SHOWDOWN 2012 | CONGRATZ! DEM LEPAK BOYZ



Lepas 3 bulan berjoget sakan sampai tonggang terbalik akhirnya sampailah Final Showdown  malam tadi...3 crew yang memang superb berentap dengan skill masing-masing...diaorang beraksi dalam 2 pusingan & penonton akan pilih 2 krew terbaek untuk berentap di pentas final battle pulak...hasil undian penonton Soul Gang awal-awal dah tersingkir & tak dapat beraksi dalam Final Battle...maka, berentaplah Project Elementz (PEZ) dengan Dem Lepak Boyz (DLB) untuk bawak pulang duit RM50,000 sambil dibawa terbang ke Lorrach, German untuk menimba pengalaman di 'The Urban Dance Camp'...syoklah dapat pergi Germany...
Turut menambahkan kepanasan & kehangatan, sebuah persembahan istimewa oleh kumpulan Hip Hop dan R&B sensasi Korea, B.A.P yang mempersembahkan lagu berjudul Power...pada aku diaorang ni taklah power sangat...power lagi 3 Finalist Showdown kita ni menari...tapi, bila tengok reaksi macam penonton lebih excited untuk layan pesembahan B.A.P...so, kehadiran B.A.P agak anti-climax untuk Final Showdown sebab dah alihkan tumpuan penonton daripada aksi sebenar Showdown 2012

Ini dia juara Showdown 2012...Awesome! memang diaorang layak untuk jadi juara & layak wakil Malaysia ke peringkat international...tak malulah kalau Malaysia hantar diaorang sebagai wakil

Dem Lepak Boyz & Project Elementz berentap time pusingan final BATTLE...ini  memang 'climax' yang semua orang tunggu...dua-dua krew memang superb tapi Dem Lepak Boyz paling menonjol dengan skill individu masing-masing...tak taulah daripada mana diaorang dapat energy yang macam tu...bersiri-siri diaorang punya steps macam drama bersiri...rasa macam nak melompat & menjerit tengok diaorang punya battle...memang persaingan yang sengit macam hari tu lah last day diaorang berjoget...esok lusa dah takmau joget lagi

Dari segi show PEZ memang lebih synchronize berbanding DLB yang buat persembahan ala-ala kamikaze...moral of the story, dua-dua crew memang layak jadi juara

Persembahan pertama Dem Lepak Boyz dengan outfit ala-ala Smurf kartun favourite aku time zaman muda-muda dulu...mula-mula tu pelik jugak...crew yang lain semua dok buat persembahan energetic untuk 1st round sebagai opening untuk impressive penonton...nak pancing undi penontonlah lebih kurang camtu...kalau tak macam mana nak layak ke Final Battle takde siapa yang undi show yang membosankan

Tapi, DLB dengan beraninya buat persembahan humor macam ni...siap import dua orang budak kiut join menari sama-sama...memang comel macam smurf...1st show diaorang ni biasa-biasa jek more to fun...takde energy sangat...maybe ini strategi diaorang nak simpan energy & skill time 2nd round punya performance nanti kot...anyway, kalau betul, strategi diaorang ni memang menjadi...2nd round performance memang superb memang paling best pada malam tu...tak puas sekali tengok sebab semua berlaku dengan begitu pantas...memang all out...3 thumbs up!

1st performance Project Elementz ala-ala zombie...lebih kurang macam video klip kumpulan Backstreet Boys 'Everybody' zombie-zombie yang pandai menari...dulu memang layan video klip tu sebab tarian dia stylo...2nd performance PEZ pun still energetic & macam biasa penuh dengan kreativiti & pergerakkan diaorang semua synchronize...dari mula showdown sampai final persembahan diaorang memang tak pernah bosan

1st performance Soul Gang memang mantap kalau nak dibandingkan dengan 2nd performance...


Credit to : malaysiandigest.com untuk image

*nota kaki berbau :
Nak berjoget tu memang susah tapi jangan sampai tengok orang lain susah kita pulak yang berjoget???

04 July 2012

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #45









*nota kaki berbau :
Sesungguhnya Allah Taala itu MAHA pemberi rezeki...Tapi, bukan untuk orang yang hanya menunggu rezeki tanpa mencari

03 July 2012

SHOWDOWN 2012 | FINAL SHOWDOWN




3 Crew yang akan berentap time Final Showdown nanti...Crew mana yang paling korang suka & akan jadi champion? 


PROJECT ELEMENTZ



DEM LEPAK BOYZ

SOUL GANG

Malaysia, this is your Showdown2012 Top 3! 
Presenting to you Project Elementz, DemLepakBoyz & SoulGang!
Make sure you catch the FINALE 4th July | 9:30pm | only on 8TV ;) 
Jom kita layan beramai-ramai tengok krew mana yang paling best berjoget...



THANK YOU NUFFNANG KERANA TERUS BUAT BE SHOWDOWN & BERJOGET-JOGET KAT SINI...SHOWDOWNLAH HARI-HARI TAK PAYAH ADA FINAL SHOWDOWN


NUFFNANG ANALYTICS GRAF YANG BARU...YANG DULU LAGI CUN KOT


*nota kaki berbau :
Zaman dulu panggil joget lambak, zaman sekarang panggil street dance
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...