30 May 2012

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #41



*nota kaki berbau :
Bangau oh bangau kenapa engkau tak makan rumput? Perut sakit or sebab dah nampak ikan?

25 May 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012




Jom kita sama-sama JOIN Himpunan Jutaan Belia 2012...walaupun dah tak termasuk dalam kategori belia sangat, tapi bila tengok segmen-segmen yang ada terus hati berubah jadi belia remaja...dengan tema "Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" hope event ni pun berlangsung dengan lebih baik daripada tahun lepas & perangai belia pun akan jadi lebih baik



Target penganjur 2 juta belia yang akan datang join event ni...kalau tengok dari segmen yang ada rasanya memang boleh capai target ni...segmen hiburan tu dah memang confirm ramai yang datang...pandai-pandailah kita pilih segmen yang best & bermanfaat


Dalam banyak-banyak segmen inilah segmen yang paling best & ramai belia & non-belia yang excited nak tengok termasuklah OdahOne...segmen 'Fast & Furious'...bukan macam dalam filem tu tapi yang ni real punya...memang superb jom kita layan sama-sama kat Putrajaya

SEGMEN FAST & FURIOUS

SUPERMOTARD

SEGMEN : FAST & FURIOUS
PROGRAM : SUPERMOTARD HBN 2012
Supermotard merupakan program sukan bermotor yang semakin digemari oleh  peminat-peminat sukan bermotor negara terutama bagi pemilik-pemilik dan peminat-peminat motosikal scrembler walaupun ianya tergolong dalam aktiviti sukan bermotor yang masih baharu. Di Eropah Supermotard adalah siri perlumbaan kenderaan dua roda meliputi dua jenis laluan iaitu offroad dan litar perlumbaan (berturap) dengan menggunakan tayar radial untuk litar berturap dan offroad suspension bagi litar offroad. Namun begitu supermotard di Malaysia lebih kepada perlumbaan di litar perlumbaan (berturap) dengan aksi drift memandangkan litar yang terdapat di Malaysia belum memiliki kedua-dua jenis laluan tersebut. Program Supermotard Hari Belia Negara 2012 lebih menumpukan kepada aksi pertunjukan sebagai pengenalan supermotard di Malaysia. Peminat-peminat sukan bermotor terutamanya kenderaan dua roda dapat melihat aksi-aksi dan kemahiran terutamanya aksi drift pelumba dalam supermotard yang jarang dilihat dalam mana-mana aksi perlumbaan sebelum ini. Melalui program ini, diharap agar dapat memberi inspirasi kepada penggiat dan peminat-peminat sukan bermotor agar lebih kreatif dan berinovatif dalam merangka program/aktiviti sukan bermotor disamping dapat menggalakkan masyarakat untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan bermotor secara sihat.


AUTOKHANA


SEGMEN                  :           FAST AND FURIOUS
PROGRAM                 :           KBS AUTOKHANA (TAR MAC ATTACK)
PENJELASAN /SINOPSIS  AKTIVITI
   
KBS Autokhana (Tar Mac Attack) adalah adalah precision driving event. Pergerakan adalah bermula dengan melalui pusingan litar kemudian melakukan aksi parking, breaking point, slaloms (zig-zag) dalam keadaan kehadapan dan kebelakang. Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan penamat. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada peserta dan ribuan pengunjung khususnya  golongan belia pemotoran  hingga ke peringkat akar umbi. Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Autokhana) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan Autokhana di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. Pertandingan ini terbahagi kepada 5 kategori utama iaitu Kereta NA<1,000 cc / 1,000cc < NA < 1,600cc / 1,600cc < NA < 1,800cc / 1,800cc < NA < 2,000cc dan kategori OPEN cc yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 6,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur


DRAG


SEGMEN : FAST AND FURIOUS
PROGRAM : KEJOHANAN KBS NATIONAL DRAG RACING CHAMPIONSHIP 2012
PENJELASAN /SINOPSIS AKTIVITI
Kejohanan KBS National Drag Racing Championship adalah adalah perlumbaan secara lurus (Drag Race @ Sprint Test) dengan jarak hanya sejauh 200 meter / 300 meter bermula dari kedudukan pegun 2 buah jentera di lorong masing-masing dari garisan “START” sehingga ke garisan “END”. Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan “END”. Kejohanan ini adalah merupakan acara sukan permotoran Drag Racing (Sprint-Test) Peringkat Kebangsaan yang pertama kali dan terbesar diadakan di seluruh pelusuk tanah air menerusi 8 pusingan perlumbaan dengan melibatkan kehadiran dan penyertaan dari pelbagai pasukan belia permotoran kereta dan motosikal bukan sahaja yang terdiri dari pasukan profesional malah juga sehingga ke peringkat akar umbi. Kejohanan ini merupakan program perlumbaan Drag Racing yang terunggul di Malaysia yang menggunakan sistem “Profesional Portatree Drag Racing Timing” beserta sistem aplikasi software & peralatan canggih sensor yang diiktiraf sepenuhnya oleh diiktiraf oleh badan FIA (Federation Internationale de I’Automobile). Kejohanan ini juga bertindak sebagai platfom bagi membantu pihak-pihak Penaja dan Kementerian Belia & Sukan dalam mengenal pasti serta melahirkan pasukan-pasukan permotoran yang berpotensi bagi mewakili Malaysia di peringkat yang lebih berprestij iaitu Perlumbaan Asean Drag Racing yang bakal diadakan di Malaysia pada tahun 2013 kelak. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada ribuan pengunjung khususnya golongan belia pemotoran hingga ke peringkat akar umbi. Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Drag Racing) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan Drag Racing di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. Kejohanan ini terbahagi kepada 2 kelas utama iaitu Kereta dan Motorsikal yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan setiap pusingan sebanyak RM 25,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. Kategori Kereta adalah NA<1,600 cc / NA<2,000 cc / KCar<1,000 cc / Vtec Open cc dan 2wd Turbo Open cc. Manakala Kategori Motorsikal pula adalah 4t<125 cc Std Body / 4t<125 cc Open / RXZ/ Panther Std Body / 125Z Std Body dan King Of Drag Bike Open. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur.


DRIFT

SEGMEN                     :           FAST AND FURIOUS
PROGRAM                  :           KEJOHANAN KBS DRIFT CHALLENGE (ROUND 3) PUTRAJAYA 2012
PENJELASAN /SINOPSIS  AKTIVITI

          Kejohanan KBS Drift Challenge Putrajaya 2012 adalah merupakan acara sukan permotoran Peringkat Kebangsaan yang pertama kali dan terbesar diadakan di Putrajaya menerusi 4 pusingan perlumbaan dengan melibatkan kehadiran dan penyertaan dari pelbagai pasukan belia permotoran kereta bukan sahaja yang terdiri dari pasukan profesional malah juga sehingga ke peringkat akar umbi. Kejohanan ini merupakan satu flatform strategik kepada penyatuan peminat-peminat sukan bermotor khususnya acara Drift tanpa mengira kaum,bangsa agama,profesion mahupun taraf ekonomi demi membudayakan gaya hidup yang sihat, aktif dan cergas serta memartabatkan sukan bermotor tanah air. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada peserta dan kepada ribuan pengunjung khususnya  golongan belia pemotoran  hingga ke peringkat akar umbi. Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Drift) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan drift di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. Kejohanan ini terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu Novice dan Expert  yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 10,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur. Pasukan dari Negara Jepun, Singapura, Indonesia dan Iran telah mengesahkan penyertaan mereka untuk kejohanan kali ini.  


*nota kaki berbau :
"Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"...sebelum fikir hari esok pastikan hari ini kita dah jadi baik terlebih dahulu sebagai persediaan nak jadi lebih baik untuk hari esok kerana belum tentu kita akan hidup esok hari

23 May 2012

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #40







*nota kaki berbau :
Beringat dulu sebelum kena!...Dah kena baru nak ingat!...Mana satu yang perlu kita ingat? Mana satu yang kita selalu tak ingat?

CABUTAN BERTUAH LAMPU LAMPAN IKEA GNESOP.COM




http://www.gnesop.com/2012/05/cabutan-bertuah-lampu-lampan-ikea.html



Mari kita beramai-ramai sertai cabutan bertuah @Riwayat Hariku yang pertama berupa barangan IKEA iaitu Lampu LAMPAN IKEA. Boleh ushar maklumat lanjut mengenai Lampu LAMPAN IKEA ni di laman IKEA

Murah tetapi sangat cantik dan menarik! Untuk cabutan bertuah ini, warna yang penganjur cabutan iaitu En. Sop beli ialah warna putih...memang cun & stylo sesuai dengan apa-apa warna bilik pun...boleh letak dekat side table sebelah katil ataupun atas meja...tapi, memang tak sesuai kalau letak kat toilet

OdahOne pun dah lama sangat tak JOIN aktiviti betrtuah macam ni...So, dengan bangganya kami menJOINkan diri...Hope dapat jadi orang yang bertuah dikalangan mereka yang bertuah...Amin...Sesiapa yang nak mencuba nasib bolehlah klik link pada banner kat atas tu

Untuk JOIN atau sertai cabutan bertuah Lampu LAMPAN IKEA ini, ikuti langkah mudah berikut (memang sangat MUDAH lagi memudahkan anda untuk menang) :
  • Buat satu entry pada blog, web, forum atau laman facebook.com tentang cabutan bertuah ini. 
  • Penulisan adalah bebas. Paling ringkas pun diterima seperti: "Saya sertai cabutan bertuah di blog gnesop.com [link peraduan ini]" Jika panjang lagi baik :) Hendak copy entry ini pun boleh! 
  • Masukkan banner peraduan dan link 
  • Tinggalkan link entry blog atau facebook anda (link makluman cabutan bertuah) ke ruangan komen di entry ini.

Langkah lain seperti follow blog ini, tag kawan, share pada laman sosial, like FB dan sebagainya tidak wajib. Jika anda hendak buat, sangat-sangat dialu-alukan :) Hehehehe...

*Tak wajib like, follow, tag & sebagainya...Harus kalau nak buat benda tu semua...Tapi, tak susah pun kalau nak buat benda tu semua

Cabutan bertuah akan dibuat menggunakan random.org melalui senarai penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup penyertaan pada 25 Mei 2012 

*Nampaknya due date dah semakin hampir cepat-cepatlah buat entry & publish kalau mahu bilik kita diterangi dengan cahaya lampu IKEA

Apa tunggu lagi, jom sertai sekarang. Mungkin anda peserta yang bertuah kali ini?

*nota kaki berbau :
Jadilah lampu cerah lagi bercahaya yang menerangi hidup orang lain bukannya lampu malap yang tak mampu nak menerangi diri sendiri mahupun orang lain atau langsung tak bercahaya

21 May 2012

TERIMA KASIH SEKALI LAGI





Bulan ni memang OdahOne kena banyakkan ucapan terima kasih...sebab ucapan terima kasihlah yang paling mudah untuk balas budi orang yang berjasa pada kita...on the spot kita boleh terus balas...kalau nak balas dari segi yang lain-lain tu memang ambil masa, tenaga & wang ringgit...tapi, nak ucap terima kasih free jek


Kalau rasa lidah tak boleh nak ungkapkan ucapan terima kasih, ucapkanlah dalam bahasa isyarat macam image kat atas tu...senang sangat hanya letakkan tapak tangan pada bibir kemudian gerakkan kehadapan dengan mimik muka yang penuh keikhlasan...alah, lebih kurang macam kita buat flying kiss tu...cuma flying kiss biasanya orang buat sambil tunjuk muka gatal tapi yang ni kena buat muka ikhlas


OdahOne nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang dah pun mengunjungi booth kami semasa Sambutan Hari Ibu & Jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 19.05.2012...memang enjoy sebab dapat meraikan Hari Ibu & Hari Jururawat bersama-sama golongan ibu & para jururawat...2 ikon yang memang banyak berjasa pada kita


Insyallah, lepas ni jumpa kami di Seremban 2 pulak di Karnival Jom Amal 1 Malaysia...orang-orang Seremban jomlah datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis

ANTARA ACARA-ACARA YANG BAKAL DIADAKAN PADA KARNIVAL TERSEBUT IALAH :

-Pertandingan Bayi Comel
-Motosikal Klasik
-Mountain Bike
-Pertandingan Permainan Alat Kawalan Jauh
-Pertandingan Andaman
-Pertandingan Karaoke
-Pertandingan Ratu Tradisional
-Pertandingan Gusti Lengan
-Marathon
-Pertandingan Gubahan Bunga

-Street Soccer



Tak lupa jugak nak ucap terima kasih sekali lagi kat Nuffnang sebab bagi BE lagi...Alhamdulillah, dalam bulan May ni Encik Nuff dah bagi 6 BE walaupun satu dah berubah bentuk jadi ME...tapi, lagi 5 still running berjoget-joget & hope teruslah dia melekat kat sini sampai bulan depan...

Kalau ada masa kenalah selalu update entry sebab malu pulak dengan Encik Nuffnang...BE ni just pembakar semangat untuk terus berblogging sebab mood nak berblog ni kadang-kadang macam yoyo...bila ada suntikkan semangat barulah ada mood

Kalau nak tambah BE or nak dpatkan BE bolehlah ikut tips yang OdahOne bagi untuk entry sebelum ni or boleh baca entry yang ni ;




*nota kaki berbau :
Ucapan Terima Kasih adalah ayat yang paling mudah untuk kita ucapkan bagi membalas jasa seseorang kerana ia tidak memerlukan modal yang besar, hanya sedikit pergerakkan bibir & lidah seterusnya ia keluar melalui peti suara yang membolehkan orang yang mendengarnya rasa dihargai

17 May 2012

TERIMA KASIH | THANK YOU


Sepanjang bulan Mei ni ada beberapa individu yang kita patut ucapkan Terima Kasih...antaranya ialah;



Terima kasih kepada semua Jururawat sempena Hari Jururawat (12 Mei)...terima kasih banyak-banyak sebab sudi layan kami waktu berurusan dengan pihak hospital...terima kasih jugak sebab sudi jaga kami masa masuk wad...terima kasih sebab inject kami dengan ubat untuk lekas sembuh walaupun rasa sakit macam kena gigit semut api (sebenarnya lagi sakit daripada tu, ini ayat familiar jururawat waktu nak beri injection kat budak-budak)



Terima kasih pada ibu kami serta semua kaum ibu sempena Hari Ibu (13 Mei)... Sebenarnya lagi elok kalau hari-hari kita ucapkan terima pada ibu kita tak payah nak tunggu sambutan hari ibu...lagipun jasa ibu tak terbalas sekadar ucapan terima kasih jek...tapi, kalau tak ucap langsung lagilah tak patut...memang sesuai jadi tanggang moden, anak yang tak kenang budi nak ucap terima kasih pun susah...at least ucaplah thank you kalu tak reti nak cakap bahasa melayu




Terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kami selama ini sempena Hari Guru (16 Mei)...tanpa guru maybe entry ni takkan ke udara di blog OdahOne sebab kami tak reti nak mengeja...oleh itu kenanglah jasa guru-guru yang telah ajar kita mengeja termasuklah guru tadika yang ajar kita kenal huruf dari A sampailah Z sehinggalah kita mampu membuat blog & publish entry-entry hebat selama ini (hebat ker?)

dan akhir sekali...last but not least...





Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi bagi BE (Buffered Earning) lagi...antara tips nak dapatkan BE walaupun tak rajin nak publish entry hari-hari ialah sentiasa ucapkan terima kasih kat Nuffnang setiap kali dia bagi BE & setiap kali cheque Nuffnang sampai kat rumah...bukan susah sangat pun just hantar ticket kat Nuffnang untuk wish thank you or terima kasih...orang berbudi kita berbahasa barulah orang bagi kita merasa BE lagi


*nota kaki berbau :
Orang yang susah nak ucapkan terima kasih ialah orang yang paling susah nak diterima kasihnya...oleh itu ucaplah terima kasih selalu agar anda dikasihi selalu

16 May 2012

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #39



*nota kaki berbau :
Selamat Hari Cikgu ???

09 May 2012

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #38







*nota kaki berbau :
Takkan nak selamanya gagal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...