29 February 2012

WWW.NOPLAT.COM



Orang ramai yang menantikan nombor pendaftaran kenderaan “WWW” yang membawa maksud “World Wide Web” dijangka boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30 April 2012.


Menteri Pengangkutan Datuk’ Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan ditutup pada jam 12 tengahari 14 Mei 2012.

Beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran WWW bukan sahaja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan juga akan mencatat harga tempahan yang paling tinggi di sejarah tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan di negara kita.

Buat masa kini, harga tempahan nombor pendaftaran kenderaan “MCA 1” merupakan harga tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang paling tinggi, harganya ialah RM300,100.00.

Beliau menambah bahwa pendapatan Jabatan Pengangkutan Jalan setiap tahun dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan puratanya adalah sebanyak RM1.7 million.

Pada tahun 2010, pendapatan JPJ dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan adalah hampir RM1.6 million.Pada tahun 2011, telah melebihi 1.8 million.

Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka (1-10) akan dibuka dengan harga jualan minimum RM 10,000, manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM 2,000.

Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM 300.

“Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran WWW. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud World Wide Web,” katanya.

Beliau juga menperingatkan mereka yang ingin menempah nombor pendaftaran WWW supaya mengikut procedur yang ditetapkan oleh JPJ, termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.

Borang tempahan nombor pendaftaran boleh dimuat turun dari portal JPJ, iaitu www.jpj.gov.my-28/2/2012 


SUMBER : AGENDA DAILY

Plat Triple 'J' yang menjadi kegilaan kat area Johor dulu...dapat gak sambar sebijik nombor ni

Ada tak yang berminat nak pakai nombor plat triple 'W' atau WWW ni?...kalau nak pakai plat yang cantik-cantik ni makesure harga kenderaan tu lebih mahal daripada harga no. plat barulah berbaloi...tapi, zaman dulu-dulu motor Honda Cub & Vespa jek yang pakai  nombor dari angka 1 sampai 10

Untunglah JPJ dapat berniaga nombor plat...untung atas angin tak payah sampai keluar modal buat frame no. plat just jual nombor jek...frame no. plat pun harga tak sampai RM100 tapi harga no. plat boleh cecah sampai beratus ribu

Mungkin nombor plat yang cantik-cantik ni bawak ong@luck pada owner kenderaan tu kot...sebab tu ramai yang berebut-rebut nak pakai nombor cantik-cantik walaupun kereta kadang-kadang tak berapa nak cantik

Tapi, ada jugak nombor suwei...Nombor 4 & 13 dikenali sebagai nombor suwei atau pembawa malang menurut kepercayaan sesetengah orang or masyarakat



Nombor 4 adalah nombor bawak suwei@sial dalam kepercayaan masyarakat cina...sebab tu jarang kita tengok orang cina pakai plat nombor 4...biasanya bangsa lain yang pakai...jangan kata plat kenderaan sampaikan tingkat@level@unit bangunan pun ada yang takmau letak nombor 4...contohnya level 4 kena tukar jadi level 3A...puas aku cari nombor 4 kat dalam lif tak jumpa-jumpa rupanya dah tukar jadi 3A...aku pun pelik camne boleh ada 2 tingkat dalam 1 tingkat, tingkat 3 & 3A???



Nombor 13 pulak dianggap suwei dalam kepercayaan omputeh@mat saleh...contohnya; Friday The Thirteen...hari tu memang selalunya akan bawak malang kalau ikut kepercayaan diaorang macam dalam filem Hollywood tu


Yang aku tau orang Melayu@Islam takde nombor yang bawak siyal...semua nombor baik-baik belaka...yang tak elok cuma nombor ekor jek...haram lagi berdosa besar...ada jugak orang Melayu yang cakap nombor 2 tu bawak celaka...tak taulah mungkin celaka pada orang tu bukan pada orang lain

Pada OdahOne, apa-apa nombor pun tak kesah sebab benda ni tak bawak untung@ong atau rugi@suwei@sial pada tuan punya kenderaan...just nak suka-suka jek...memang tak bawak efek apa-apa pun kat kita

Nombor plat cantik-cantik ni melambangkan identiti sesebuah kenderaan...yelah kereta mahal plat pun mestilah gempak...dari jauh orang dah nampak kereta & nombor plat...tapi, bila datang dekat nak tengok rupa orang yang bawak kereta tu tak nampak pulak sebab tinted gelap sangat...maklumlah dia mampu bayar saman JPJ

Ada jugak yang satu family semua gunakan nombor yang sama...bila time cuti hari raya penuh dengan kereta yang bernombor plat sama kat perkarangan rumah...nombor tu melambangkan identiti sesuatu famili

'JJJ' Jeng Jeng Jeng!

Ada jugak nombor plat yang memberi makna pada seseorang...ada significant or sentimental value contohya tarikh lahir, anniversary, tarikh-tarikh penting dsb...ada nombor plat yang kalau digabungkan jadi nama orang or apa-apa nama yang significant...contoh; MAW 1 (MAWI), JEJ 41 (JEJAI), NAJ 115 (NAJIB), TAM 121 (TAMIZI), TAN, TAY, MCA, ME 1 (Mei), PAR 15 (PARIS), POL 15 (POLIS), WAJ 4 (WAJA), K 155 (KISS), KAM 1 (KAMI), DAN 122 (DANI 22), BAB 1 (BABI)...hoho

*nota kaki berbau :
Nombor adalah sekadar digit tapi usia bukanlah sekadar nombor, usia lebih dari sekadar nombor...kalau anggap ia sekadar nombor hidup kita takkan berubah...memang agak merisaukan tapi ia adalah fitrah yang mesti kita lalui

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #31







*nota kaki berbau :
Orang yang lahir pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac ataupun 4 tahun sekali yang mana satu nak pilih ni?

28 February 2012

PERKAHWINAN JARAK JAUH BAKAL BERAKHIR?




Alhamdulillah...tak lama lagi akan tamat pengajian PJJ yang membosankan selama ini...akhirnya aku grad jugak dengan flying colours


Nasib baik tak extend lama-lama, semua paper clear takde yang sangkut sampai kena repeat...Siapa yang suka PJJ? Semua pasangan benci PJJ tapi apa nak buat kalau dah terpaksa...kalau sambung belajar PJJ kita jarang dapat tengok muka lecturer macam tu jugaklah kalau kahwin PJJ...laki jarang tengok muka isteri & isteri jarang dapat tengok muka suami...kalau ada anak samalah macam tu gak

Ini antara rintihan, pandangan & nasihat daripada mereka yang telah menempuhi dugaan PJJ...pengalaman dari kawan-kawan OdahOne untuk kita kongsikan bersama...Ikutilah rentetan kesah benar dari mereka-mereka ini;


"Ingatlah bahawa ada orang lain yang lebih berat ujianya..Allah tahu sejauh mana kemampuan hambanya, tu sebab dia datangkan ujian pada kita..so, kita mesti kuat..!"

"Terseksa jiwa raga duk jauh-jauh wei. Aku stress gila sekarang, sob sob!!"

"Aku dah cuba...Tapi sekarang mood dah kelaut...Asyik nangis je kejenya...Sejak kawen lagi dah duk asing-asing, bila ada anak pon duk asing lagi...Sian anak aku, kurang kasih sayang seorang bapa...Kalau hubby aku cuti sama macam aku takpe, tapi time aku cuti, dia keje, time dia cuti aku pulak keje...Sob sob!!" 

"Sayang tu memanglah sayang dengan kerja ni...tapi entahlah...Encik suami pon dah bersuara suh duk dengan dia, aku as isteri ni takkan nak ingkar...aku dalam dilema, aku dah isi borang, mintak tukar tempat kerja dekat dengan suami, result maybe bulan 3 ni...kalau dapat tukar, Alhamdulillah, tapi kalau tak dapat taktau lah..."

"Emm kena buat Solat Istikarah ni...Doakan yang terbaek untuk aku ye kawan-kawan!!"

"Aku penat! Tiap hari Jumaat kena drive sorang-sorang balik kampung...Drive 3jam dengan anak aku yang nangis beria-ria taknak duk dalam carseat...pastu Ahad nak kena drive balik semula...Semua benda aku kena handle sndiri...Aku tau aku leh buat, aku kuat, tapi kadang-kadang bila penat sangat balik keje, dengan perangai anak aku yang asyik nak berdukung jek, terus aku stress...pastu aku biarkan jek anak aku meraung sorang-sorang...Rasa macam dah nak gila...hukhuk!! Sungguh aku tertekan sekarang, waaaaaaaaaaaaaa!!!!" 

"Sabar...tiap apa yang dirancang oleh Allah pasti ada hikmahnya... jangan berhenti berdoa padaNya diberi kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Anak adalah amanah dan rezeki dariNya. Jangan disebabkan tekanan kerja anak sendiri jadi mangsa. Sabar ye..."

"Encik suami hari sabtu keje, cuti jumaat jek...kadang-kadang hari jumaat pun keje...Encik suami aku bukan cuti macam orang lain...cuti umum pon dia keje, aku yang stress...tak boleh bajet masa nak jumpa suami sendiri"

"Kesian kat anak aku, dahla dia dah start kenal orang...kesian kejap jek dia boleh main dengan papa dia...pernah sekali sampai 4minggu tak jumpa, bila jumpa anak aku menangis takmau kat papa dia sebab dia macam tak kenal kat papa sendiri...terpaksa kena mulakan sesi suai kenal semula...sedih hubby aku bila anak sendiri takmau kat dia...aku yang tengok pun naik sebak..."

"Anak aku selalu jadi mangsa sebab aku suh dia diet sekarang...badan dia semangat gemuk sangat, penat aku nak dukung especially time pergi shopping beli barang...lenguh tangan aku dibuatnya...kan best kalau ada suami kat sisi boleh tolong dukung"

"Time weekend semua orang balik kampung...tinggallah aku berdua-duaan dengan anak aku yang duk kat kuarters ni...aku tengok anak aku & anak aku pulak tengok aku...entah bila nak tengok muka suami aku pun tak tau"

"Aku dah naik gila nak resign sekarang jugak...hehe...kalau ikutkan keistimewaan keje gomen ni, rasa macam sayang jek...tapi aku kena pikir soal kekeluargaan gak, sorang  kat utara & sorang lagi kat selatan...smpai bila kan?...lagipun nak pohon pindah tempat kerja bukan senang...aku dah test mohon tapi diaorang macam endah tak endah jek sebab aku ni baru kerja tak sampai setahun pun...ada banyak lagi permohonan yang diaorang nak layan...kompem aku kena reject awal-awal...kalau permohonan aku tak berjaya takkan aku nak stay hidup camni selama-lamanya?...oh! tidak...buntunya!"

"Aku selalu nangis bila baca statement, 'Tempat seorang isteri ialah disisi suami' sebab aku takleh disisi suamiku...Aku rasa berbaloi kalau aku quit kerja ni sebab hati tak tenang bila keje...Hati tak seronok, tak tenang, tak syok sebab kerja tak berapa menyeronokkan. ..Aku dah ada 'jalan lain', Insyallah akan aku usahakan"


"Aku rasa sekarang ni jalan yang terbaik ialah kena sabar, sabar & terus bersabar...akak aku lagi dahsyat...dia duk Sabah dengan anak dia...suami dia pulak duk Melaka...time cuti sekolah jek boleh balik semenanjung...lepas bersalin & habis pantang terus bawak anak dia umur 2 bulan nek flight...pastu tinggallah mereka berdua bersama-sama...sampai anak dia umur 3tahun baru dapat tukar ke semenanjung...susah senang kena bersama-sama dengan anak tanpa suami...jangan terburu-buru nak resign nanti menyesal!...fikirkan masa depan sebab akan datang mungkin susah nak dapat kerja"

"Just nak sharing...kakak aku pun mengajar kat sabah selama 4 tahun & ada anak sorang... tahun ke-5 dapat pindah balik pahang... tapi, still duk jauh-jauh selama setahun sebab abang ipar aku kerja & tinggal kat KL...maybe bulan depan abang ipar aku resign & balik pahang...6 tahun tak dapat hidup bersama & jumpa pun sekali-sekala sampai anak dah 2...pernah sekali tu jadi kes polis (mengancam nyawa) masa tahun ke-3 dia tinggal kat Sabah...tapi, pihak berwajib masih buat bodoh!!!...still tak luluskan permohonan dia untuk transfer...so, nasihat aku...wat Solat Istikharah suami & isteri...pastu ikutlah apa ketentuanNya...Amin..."

"Pengorbanan seorang Ibu & Isteri tiada tolok bandingnya...Insyaallah Allah mendengar doa orang yang sabar...ada hikmah di sebaliknya....Insyallah..." 

"Masa mengandung dulu aku dok sorang, dah bersalin pun kena dok sorang lagi...huhu...Alhamdulillah anak aku tak meragam sangat tapi memang stress bile fikir hidup berjauhan dengan suami...sekarang ni tengah tunggu jawapan pertukaran suami...takmau dok sorang-sorang lagi dah...aku hari-hari doa tunggu masa jek untuk ALLAH perkenankan...sedihnya...marilah kita berpelukkan bersama-sama WAHAI mama PJJ"

"Perjalanan dari utara ke Kuala Lumpur dah macam berulang-alik ke tempat kerja...Tiap-tiap minggu aku kena drive balik KL semata-mata nak jumpa isteri...kena pulak sekarang dia dah pregnant...tiap hari Jumaat habis jek kerja cepat-cepat aku drive balik KL"

nota kaki berbau :
Berat jari menaip entry berat lagi orang yang membacanya...Berat mulut membaca berat lagi jiwa yang menanggungnya...

23 February 2012

DIRI SENDIRI NAK SENANG ORANG LAIN BIAR SUSAH



Kehangatan cerita tentang parking-memarking masih belum reda lagi nampaknya...tapi, berbeza sikit dengan entry-entry yang sebelum ni; "LEPAS HANDBRAKE TAPI TOLAK GEAR 'P' = CACI MAKI HAMUN" & "KESAH KERETA KENA BLOCK"

Kali ni aku berhadapan dengan orang yang mementingkan diri sendiri & tamak lagi haloba, lagi rakus, lagi menyusahkan orang lain serta sekalian umat manusia

Ceritanya macam ni...Tempat parking umum, free parking tapi dia buat macam petak parking tu dia yang punya & macam dia bayar untuk parking space tu tiap-tiap bulan...konon-konon RESERVED PARKING lah tu...padahal parking untuk semua penghuni flat kos rendah area ni

Yang jadi masalahnya, petak parking tu hak semua orang berpandukan pada pantun; "Pat Pat Siku Lipat Siapa Cepat Dia Yang Dapat" ataupun "Pat Pat Nya Siapa Cepat Dia Yang Punya"...tiba-tiba pulak aku nak berpantun...biasalah; "Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun"

Kelihatan 3 objek asing (kon, motorsikal & ampaian baju) yang seolah-olah menghalang  orang lain daripada  terus parking disitu buat selama-lamanya...Apa kejadahnya semua ini saudara???

Tapi, memandangkan sikap pentingkan diri sendiri sentiasa menebal dalam diri maka jalan senang yang diaorang cari...letak kon or baldi yang telah diletak simen supaya aku susah nak alihkan or motorsikal buruk untuk halang orang lain daripada parking kat situ...semata-mata sebab nak rebutkan parking yang paling dekat dengan rumah

Kalau yang buat kerja tamak ni handicapped or OKU (Orang Kelainan Upaya) aku boleh consider lagi sebab kesian tengok diaorang nak menapak jauh-jauh ke rumah masing-masing, nak kena manjat tangga lagi....malangnya, yang buat kerja tak bersivik ni OKU jugak tapi Orang Kuat Upaya...badan kuat cuma malas nak berjalan sikit gunakan daya upaya & malas nak ushar parking...pendek kata nak senanglah, orang lain dia biarkan susah

Kelihatan tayar kereta yang di clamped kerana merampas parking reserved orang lain

Tinggallah kat rumah Condo or kawasan yang ada private parking kalau nak sangat buat perangai camni, takde siapa nak kacau or marah sebab dia bayar untuk parking lot tu...kalau ada orang lain masuk siap boleh clamped tayar kereta orang tu lagi...ini tidak, tinggal rumah flat kos rendah tapi nak buat perangai kos tinggi...bertimbang rasalah dengan orang lain yang tinggal kat situ

Ada satu lagi suggested solution untuk orang yang berperangai camni...buatlah rumah kat atas tanah sendiri...nanti nak buat tempat parking sampai dalam bilik tidur pun boleh kalau dah malas sangat nak berjalan & berebut parking dengan orang lain...takde siapa pun yang berani nak marah...but, sometimes the suggested solution is rubbish...so, carilah suggested solution yang lain...hoho

Selalunya aku balik kerja sampai rumah awal...of courselah semua orang nak cari tempat parking kosong yang terdekat...dari jauh aku dah ushar tempat tu kosong tapi bila datang dekat tengok ada letak kon & letak tong menandakan tempat tu dah di reserved...sabar jeklah

Kelihatan sebijik motor buruk yang terselit di tengah-tengah parking yang kosong...Apa motifnya semua ini???

Ushar parking kat sebelah pulak pun sama dah terpacak motor buruk kat situ...aku tengok motor tu memang tak pernah guna just jadi alat untuk reservekan parking tuan punya kereta yang tamak...yang letak pasu bunga pun ada jugak...kenapa tak letak kebun bunga sekali boleh aku bercucuk tanam

Punyalah hampa terpaksa aku cari port parking lain yang jauh sikit, siapa yang tak marah kalau jadi camni...stress aku dibuatnya...kita sampai dulu tapi kena parking jauh-jauh...aku masih baru kat area ni tapi dah dapat detect perangai orang-orang tamak yang tinggal kat sini...kalau dia buat benda ni sekali-sekala takpelah jugak, tapi macam dah permanent ruang parking tu memang takde siapa boleh masuk kecuali kereta dia & dia

Kelihatan salah seorang penghuni flat yang terpaksa berjalan kaki agak jauh sambil  membawa barangan yang agak berat oleh kerana haknya untuk parking di tempat yang lebih dekat telah dirampas oleh manusia yang rakus

Minta maaflah kalau ada yang terasa dengan kesah OdahOne kali ni...sebab kadang-kadang kita tak perasan benda yang kita buat tu salah & bila ada yang tegur baru kita sedar...sebenarnya kita dah pun mengambil hak orang lain secara tak sengaja or disengajakan

"Marilah kita sama-sama berebut-rebut parking secara adil & saksama untuk masa depan kita bersama"

*nota kaki berbau :
Setiap manusia mempunyai hak, berikanlah hak kepada mereka yang berhak, jangan buat hak orang lain macam hak sendiri, mengundi adalah hak bersama tunaikanlah hak anda sebagai pengundi

22 February 2012

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #30






*nota kaki berbau :
Biar buruk asalkan bergaya, Biar macam-macam ada daripada takde macam-macam, Biar line clear daripada tak nampak apa-apa

21 February 2012

KITAR SEMULA? PERLU KE RASA MALU?



Sebut jek kitar semula sure ramai yang ingat tong biru untuk kertas, tong coklat untuk kaca & tong jingga untuk tin aluminium, besi & plastik...lagi satu kita akan bayangkan orang yang berpakaian selekeh or mat gian yang kerjanya menyelongkar tong sampah rumah orang, kutip sampah kat tepi-tepi jalan untuk cari barang kitar semula...

Diaorang jek ke yang boleh buat amalan kitar semula ni, kita tak boleh?

Ada yang jadikan aktiviti kitar semula ni sebagai sumber pendapatan atau side income & ada jugak yang buat just suka-suka or niat nak jaga alam sekitar...yang penting amalan kitar semula ni memang amalan yang mulia...boleh jaga alam sekitar sambil dapat income

Itu tak termasuk lagi yang kerjayanya mencuri penutup longkang untuk dikitar semula...yang ni termasuk dalam kategori sampah masyarakat bukannya pengutip sampah kitar semula...orang macam ni kalau nak kitar semula pun tak boleh sebab tak laku kat market...menyusah & membahayakan nyawa orang lain

Bagi pengitar semula tegar or yang jadikan amalan kitar semula ni sebagai pendapatan diaorang memang takkan segan silu nak kutip tin, botol plastik, kotak or apa-apa barang yang boleh dijual...sanggup selongkar tong sampah semata-mata nak cari rezeki yang halal


Sesungguhnya, pengutip sampah itu lebih mulia daripada orang yang suka membuang sampah merata-rata...lagi jijik tengok orang yang suka-suka baling sampah keluar ikut tingkap kereta, suka-suka buang sampah dalam sungai, suka-suka pentik buang putung rokok

Sebenarnya, semua orang kat Malaysia ni patut amalkan kitar semula bukan sebab nak cari income just nak save our planet...jangan jadikan dunia ni penuh dengan sampah, biarlah dia penuh dengan flora & fauna...lagipun amalan kitar semula ni kita boleh buat kat rumah jek tanpa perlu berusaha keras selongkar tong sampah or kutip kat mana-mana



Banyak barang-barang yang kat dalam rumah dah kita guna & boleh dikitar semula tapi kita tak perasan...contohnya, surat khabar (lama or baru), kotak-kotak barang (kotak tv, kotak blender, kotak tisu), kertas (bil air or apa-apa bil, majalah, komik, buku yellow pages), tin susu, tin sardin, barang elektrik yang dah rosak (kipas, tv), besi buruk (besi katil), botol-botol plastik (syampu, shower gel, handwash, botol air mineral), botol kaca (botol kicap or sos, botol arak bagi non-muslim) dan macam-macam lagi


Bil
Jenis barang terpakai
Harga perkilo
(RM)
Bil
Jenis barang terpakai
Harga perkilo
(RM)
1
Surat khabar lama
0.40
10
Aluminium mengikut jenis
3.50-4.70
2
Buku-buku dan kertas bercampur (berwarna)
0.20
11
Wayar bercampur
2.00
3
Kertas hitam/putih
0.40
12
Wayar rumah
7.50
4
Plastik 1 (lembut)
0.80
13
Copper (logam)
20.00
5
Plastik 2 (keras)
0.30
14
Monitor, TV,Peti sejuk.
Mesin basuh dan peralatan elektrik yang rosak atau lupus.
Harga boleh run


Tengok senarai harga jualan barangan terpakai kat atas ni...lumayan jugak sebab tu ramai yang buat kerja ni...tapi, harga dia sentiasa turun naik & kadang-kadang berbeza ikut tempat


Kalau ada barang-barang elektrik yang dah rosak kasi operatedlah, jangan buang camtu jek sebab organ-organ dia semuanya boleh diguna semula...contohnya; kipas angin...asingkan antara plastik, besi, tembaga & wayar sebab benda ni boleh dijual secara berasingan...harga pun lain-lain (rujuk harga kat atas tu)...kalau jual kipas rosak sebijik camtu harganya murah...tapi, kena buat kerja lebih sikitlah nak kena kopakkan satu-satu komponen kipas tu...serahkan pada yang pakar

Senangkan nak cari duit dari rumah dengan kitar semula...memanglah hasilnya tak banyak & tak boleh nak beli kereta Myvi secara cash, tapi niat nak jaga alam sekitar tu yang penting...bukannya susah sangat just pijak-pijak botol plastik tu jadi kemek & kecik...jadi, senanglah nak simpan taklah dia tinggi membukit & makan space rumah banyak sangat 



Make sure simpan barang-barang nak recyled ni elok-elok & kemas...jangan letak kat tempat yang mudah terbakar...sebab kalau rumah dah hangus rentung terbakar dah tak boleh nak recycled lagi...terpaksa pindah rumah baru

Dulu, OdahOne memang buang segala apa barang yang dah tak guna & anggap semua benda tu sampah lagi menyemakkan rumah tangga...

Kesedaran tu datang bila melawat rumah member yang besar macam muzium tapi kat dalam stornya penuh dengan barang-barang kitar semula...niat dia bukan nak cari duit lebih tapi atas kesedaran untuk jaga alam sekitar...ada berlonggok-longgok botol air Tropicana Twister kat dalam stor tu sebab member OdahOne ni memang addict minum air ni...

Orang kaya boleh buat...Buat apa kita yang tak berapa nak kaya ni nak malu?

Lagipun, last week waktu jual barang-barang kitar semula ni OdahOne terserempak dengan sebijik kereta BMW 5 Series...ingatkan kereta tokey syarikat kitar semula...sekali bukak bonet tengok penuh dengan botol-botol plastik...dengan selamba jek owner kereta tu jual barang recycled tanpa segan silu sebab niat dia nak jaga alam sekitar bukannya nak tambah duit yang dah sedia berkepuk-kepuk tu...Apa nak malu?

Barang-barang yang bakal dikitar semula

Total sebulan boleh dapat dalam RM50 kalau kita rajin kumpul & jual barang-barang recycled...itupun just kumpul main-main kalau aktif lagi banyak yang kita dapat...higher risk higher return...boleh guna buat bayar bil & beli barang dapur

Hanya sediakan sedikit space dalam rumah, keluar duit minyak sikit & tenaga untuk loading semua barang recycled masuk dalam kereta....

Sampai masa kamu akan ku jual

Bagi member-member yang belum amalkan kitar semula marilah kita mulakan dari sekarang...tak perlu rasa malu sebab kita buat kebajikan pada bumi kita sendiri...dapat duit, dapat pahala & dapat jaga alam sekitar dari dicemari oleh sampah sarap...kalau nampak tin aluminium bergolek kat tepi jalan jangan segan silu nak kutip

Pedulikanlah kalau ada orang cakap kita suka kumpul sampah or kaki pengutip sebab kita tak mintak rezeki kat diaorang...

Selamat Mencuba Sambil Beramal Sambil Tambah Income...

***Pesanan khidmat masyarakat ini telah dibawakan oleh OdahOne

*nota kaki berbau 
Tak kusangka sampah yang tak berguna rupa-rupanya boleh berubah rupa menjadi duit...Kesian pada sampah masyarakat, kerana selama-lamanya akan menjadi sampah yang tak berguna selagi tak dibersihkan

19 February 2012

LEPAS HANDBRAKE TAPI TOLAK GEAR 'P' = CACI MAKI HAMUN




Semalam aku pergi rumah sewa lama untuk kutip sisa-sisa barang yang masih tertinggal waktu pindah rumah dulu...dah tak banyak barang yang tinggal...yang banyak cuma tinggal kenangan jek especially kenangan yang ni; "TERSEPIT DI AWAL RAMADHAN"


Sampai rumah lama ngam-ngam hujan turun dengan lebatnya...parking yang dekat-dekat dengan bangunan pulak semuanya full...standardlah memang dari zaman aku tinggal kat area ni dulu, sampailah sekarang masalah parking ni tak setel-setel & sentiasa menghantui penduduk kat sini...


So, dengan berat hati terpaksa aku buat 'Double Parking' block kereta orang lain ...satu benda yang aku benci nak buat...lagipun aku nak naik atas sekejap jek, nak loading barang takkan nak park jauh-jauh...kalau parking block kereta orang ni ada banyak benda yang tak best bakal berlaku...


Antaranya;

1. Menyusahkan owner kereta yang kena block...tak pasal-pasal nak kena tolak kereta orang...kalau lelaki berbadan sasa takpelah jugak sebelah tangan jek dia boleh tolak sambil tangan yang sebelah lagi cungkil gigi...tapi, kalau gurl yang badan kena tiup angin pun melayang memang merengkek-rengkek nak tolak sebijik kereta....tu kalau sebijik kereta kalau berbijik-bijik how?


Kena pulak hari-hari kena tolak kereta orang sebelum nak pergi kerja, mau timbul muscle urat dawai tulang besi...aku memang dah lali sangat dengan masalah problem yang macam ni & setakat tolak kereta tu memang dah kerja aku...tarik kereta orang jek yang aku tak pernah buat lagi...tiap kali nak pergi kerja kena selak 2 or 3 bijik kereta baru nampak muka kereta kita

2. Kemungkinan untuk kereta kita calar, kemek, remuk, pecah, side mirror patah adalah tinggi...sebab kadang-kadang kereta akan meluncur dengan lajunya bila kena tolak terlampau kuat sangat & dengan bangganya merempuh kereta-kereta lain yang ada kat depan tu...maklumlah tak tarik handbrake...


Lagi satu bila kita buat double parking jalan akan jadi sempit ngam-ngam untuk sebijik kereta yang lalu...so, kalau kereta kena gesel, terguris & bercalar memang tak boleh nak salahkan orang lain...maka tergurislah hati kita

Nasib baik rumah yang baru ni tak payah nak berebut-rebut parking...siapa cepat dia dapat & tak payah nak kena tolak kereta orang sebab parking space besar...tapi, ada masalah lain pulak yang timbul nantilah aku cerita kat entry yang lain

Berbalik pada cerita asal tadi...setelah setel memarking kereta, aku pun matikan enjin & tak tarik handbrake sebab mana tau owner kereta yang aku block ni nak keluar ke...nasib baik aku ingat, kalau tak free-free jek cermin kereta aku kena pecah




Dah habis packing barang aku pun turun bawah berlari kat kereta sebab hujan still lebat lagi...Sampai kat kereta tiba-tiba ada sebijik motor datang melulu kat aku sambil menjerit...;

"Wei amoi! ini lu punya kereta ka? Lu gila kasi block sama gua punya kereta, hujan-hujan gua mau ambik gua punya anak balik tuisyen kereta gua tak boleh keluar! c*%@%! Gua kasi pecah cermin lu punya kereta lu mau ka?!"

Aku pun blur sekejap...mula-mula aku blur sebab kenapa pakcik ni panggil aku amoi & maki aku dengan slang ala-ala Cina...padahal muka dia muka jawa....tapi, tu aku tak pelik sangat sebab memang ramai orang salah anggap ingatkan aku anak Cina...yang aku pelik sangat ni, seingat aku time parking tadi aku tak tarik handbrake kenapa pakcik ni tak tolak jek kereta aku?


Aku pun menjawab cuba nak defend diri sendiri yang dalam kebasahan dek hujan...;

"Pakcik kan saya tak tarik handbrake & kenapa pakcik tak sorong jek kereta saya?"...aku menjawab dengan penuh kesejukkan tapi penuh confident

"Nak sorong kepala hotak lu! Lu kasi masuk gear 'P' apa macam gua mau sorong lah c*%@#...nasib baik gua tak kasi hantam sama lu punya kereta...."(dan macam-macam lagi ayat yang aku tak sanggup nak dengar)

Hambik ko lagi sebijik aku kena, konon-konon nak defense diri sangat tadi...kali ni aku betul-betul terkedu & sedar yang aku berada di pihak yang tak benar...cepat-cepat aku mintak maaf beribu-ribu kali atas kesalahan & kejahilan aku tadi semata-mata nak kasi pakcik tu cool down


Serius shit aku memang tak tau kalau kita tolak gear 'P' kereta tak boleh nak sorong...aku cuma ingat just jangan tarik handbrake...kalau block kereta orang & tarik handbrake memang confirm cermin kereta kena pecah

Sampai aku habis loading barang dalam kereta pun pakcik tu tak habis-habis marah-marah kat aku...ternyata air hujan yang membasahi bajunya tak dapat menyejukkan perasaan marah yang meluap-luap...aku pasrah dengarkan jek sebab memang dah salah aku...lagipun, aku kesian tengok pakcik tu basah kuyup bersama anaknya terpaksa naik motor sebab tak dapat nak keluarkan kereta dek kerana kereta aku menghalanginya


Aku dah start malu bila kena marah di khalayak ramai...aku boleh rasakan dari tingkat 1 sampailah ke tingkat 18 ada yang menjengukkan kepala kat tingkap untuk lihat apa sebenarnya yang berlaku...


Tiba-tiba, datang sorang Ah So yang seolah-olah nak backup aku...maybe dia pun ingat aku kaum sebangsa dengannya...biasalah siapa lagi yang nak tolong kita kalau bukan kaum sendiri...tapi, sekarang ni aku tengah kena marah dengan kaum sebangsa aku sendiri...


Berkesan jugak...bila Ah So tu datang menenangkan keadaan pakcik tu pun jadi cool & terus blah memecut motorsikalnya tanda protes...terima kasih Ah So...akhirnya dia pun tau yang aku ni Melayu bila dengar aku bercakap slang Peyrock yang penuh dengan kemelayuan

Guard kat situ bagitau, tadi pakcik tu memang dah nak hentak pecahkan cermin kereta aku dengan helmet...tapi, nasib baik orang ramai kat area tu nasihat jangan pecahkan...nasib baiklah kalau tak melayang duit aku...lagipun aku lepaskan handbrake & pakguard tu pun tau maybe aku takde experience...dah pernah berlaku kes macam tu sebelum-sebelum ni



Bila nak masuk dalam kereta aku tengok kat cermin dah tertampal kertas nota-nota yang melahirkan rasa tak puas hati...walaupun kertas tu dah basah tapi masih boleh baca tulisannya...yang tak bestnya aku punya salah mak bapak aku pun kena maki sama...apolah pakcik


Ya, memang saya bodoh tapi saya akan belajar dari kebodohan ini!


Moral of the story; jangan suka menghalang laluan orang lain (macam yang aku buat), bela lah bangsa sendiri walau dimana sahaja (macam yang Ah So buat) 

***Banyak sangat moral yang aku belajar kat dalam kes ni, kena lalui sendiri pengalaman ni baru boleh dapat...hoho...sebelum ni kereta aku pun pernah kena block gak; "KESAH KERETA KENA BLOCK"...tapi, sekarang aku pulak yang block kereta orang...yang bagusnya aku tak caci maki orang tu sebab budi bahasa budaya kita

*nota kaki berbau :
Jauhkan diri anda dari dimaki hamun oleh orang lain atas kesalahan diri sendiri kerana ia boleh membuatkan seluruh hari anda jadi tak berseri

15 February 2012

OPS VALENTINE RAMAINYA YANG KENA CEKUP | TANPA SEURAT BENANG?


Google Images

"6 Pasangan Kekasih Ditahan Khalwat"

PETALING JAYA – Menjelang sambutan Hari Kekasih atau Valentine Days malam tadi, seramai enam pasangan muda ditahan di bilik-bilik hotel bajet di sekitar daerah ini dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Operasi bermula pukul 1 pagi itu turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan polis.

Jurucakap JAIS berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan bagi melakukan pemeriksaan ialah sekitar Kota Damansara dan Seri Damansara.

“Daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, kita telah menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana berdua-duaan di dalam bilik.

“Kesemua mereka ketika ditahan memberikan kerjasama yang baik walaupun terdapat segelintir yang hanya membuka pintu selepas dipanggil beberapa kali,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat JAIS untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu tindakan selanjutnya. – mynewshub.my


"Ops Valentine: 35 dicekup penguatkuasa JAIP kerana khalwat dan judi"

KUANTAN: Seramai 35 dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaip) Pahang malam kelmarin melalui Ops Valentine kerana disyaki berkhalwat dan berjudi.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz berkata, operasi membabitkan 40 Penguat kuasa itu diadakan di beberapa hotel murah dan kawasan peranginan di sekitar Kuantan.

Menurutnya, semua Penguatkuasa menjalankan pemantauan pada petang Ahad dan tamat awal pagi kelmarin.

“Operasi bermula di pantai pada Ahad sebelum malam Valentine manakala serbuan di hotel murah berakhir jam 6 pagi semalam,” katanya ketika selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Amad Shah, di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam operasi sama, seramai 12 dicekup kerana dipercayai berjudi.

Katanya, kerjasama di antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pa-hang berjaya menahan lelaki berusia 30-an hingga 50-an terbabit.

“Semua yang ditahan diberi kaunseling sebelum didakwa di mahkamah dan operasi akan diterus untuk banteras kegiatan itu," katanya. -SH (warkahdaily)



"8 pasangan ditahan dalam operasi cegah maksiat"

KUALA LUMPUR: Wajah seorang gadis yang juga penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Serdang, Selangor pucat selepas ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tanpa seurat benang dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih awal pagi semalam.

Dia yang cuba bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotelnya di Selayang, sebaik bilik penginapannya diserbu.

Pelajar itu antara lapan pasangan kekasih ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira jam 1 dan berakhir dua jam kemudian di sekitar Selayang dan ibu kota.

Ketika serbuan dilakukan, sekumpulan pegawai Jawi terpaksa mengetuk pintu beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki.

Jurucakap Jawi berkata, ketika serbuan, gadis berkenaan tidak berpakaian dan duduk bersembunyi di belakang pintu tandas biliknya sementara pasangan lelakinya berada di atas katil dan lengkap berpakaian.

“Ketika ditanya teman lelaki gadis berkenaan mengaku mereka baru saja masuk ke bilik hotel berkenaan dan sudah bertunang.

“Sebaliknya gadis berkenaan mengaku mereka hanya berkawan dan tidak pernah bertunang,” katanya.
Menurutnya, pasangan berusia awal 20-an itu ditahan dan dibawa balik ke ibu pejabat Jawi untuk tindakan lanjut.
Selain pasangan berkenaan, seorang pemandu teksi yang sudah beristeri juga antara yang ditahan selepas didapati tidur bersama wanita warga asing di bilik hotel di kawasan sama.

Katanya, semua mereka ditahan mengaku tidak berkahwin dan pernah beberapa kali tidur bersama sebelum ini.

Menurutnya, operasi cegah maksiat dilakukan pihaknya itu bersempena sambutan Hari Kekasih semalam dan mengingatkan bahawa operasi seumpama itu sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa. (myMetro)


"Ratusan dicekup ops cegah maksiat Hari Kekasih"

KUALA LUMPUR: Ratusan pasangan dan remaja ditahan dalam operasi cegah maksiat bersepadu besar-besaran oleh pihak berkuasa agama dan pihak berkuasa tempatan sempena Hari Kekasih di seluruh negara, malam kelmarin dan semalam.

Selain operasi cegah maksiat, Dewan Pemuda PAS turut mengadakan Ekspedisi Dakwah di seluruh negara bagi mendekati remaja dan pasangan melalui nasihat dan peringatan sambil mengedarkan risalah.

Di SHAH ALAM, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 201 orang dalam Ops Valentine bermula jam 8 malam kelmarin sehingga jam 5 pagi semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman, berkata daripada jumlah itu, 80 kes dibawa ke mahkamah, kaunseling (61 kes) dan amaran atau arahan beredar (60 kes).

Di IPOH:, empat pasangan termasuk seorang wanita Indonesia berusia 33 tahun ditahan dalam operasi membabitkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri.

Dalam operasi lapan jam bermula 12 tengah malam itu turut ditahan tiga penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menjadikan Hari Kekasih tarikh bermadu kasih di sebuah hotel.

Di ALOR SETAR, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan dua pasangan satu daripadanya penjawat awam di hotel bajet dan rumah tumpangan sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.

Di GEORGETOWN, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menahan sembilan pasang kekasih yang disyaki berkhalwat dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dalam Ops Hari Kekasih di beberapa lokasi di sini dan Butterworth.

Di MELAKA, empat pasangan dan sekumpulan empat lelaki serta seorang wanita ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di beberapa hotel bajet di sekitar daerah Melaka Tengah di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mengedar 3,000 risalah dan peringatan sempena Ekspedisi Dakwah yang dilakukan serentak di seluruh negara pada malam sambutan Hari Kekasih bermula jam 9.30 malam kelmarin hingga awal pagi semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata semua negeri kecuali Johor yang mewartakan larangan menyambut Hari Kekasih di kalangan umat Islam.

Berikutan itu, beliau meminta semua negeri berbuat demikian selaras ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-71 pada 24 November 2005 yang memutuskan Hari Kekasih bertentangan dengan ajaran Islam.


*nota kaki berbau :
14 Februari 2012 nantikan hasilnya hujung tahun nanti samada di tepi longkang, dalam tong sampah, tandas, mahupun surau berdekatan tempat anda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...