28 July 2011

MALAYSIA VS SINGAPORE




1 Malaysia rasa benda yang sama...1 Malaysia rasa sedih...1 Malaysia rasa kecewa...1 Malaysia rasa hampa & 1 Malaysia masih tak dapat terima kekalahan pasukan kita termasuklah OdahOne...kita tak kalah kat tempat sendiri cuma seri 1-1 tapi tak layak untuk ke pusingan seterusnya dengan aggregat 6-4

Tapi, kalau kita perasan dalam banyak-banyak slogan yang ada pada kain rentang time match kat Stadium Bukit Jalil, OdahOne tertarik dengan slogan yang kat bawah ni;

100% MALAYSIANS...NO FOREIGNERS!

Mungkin benda ni boleh mengubat sedikit kekecewaan kita walaupun ayatnya macam ayat orang yang agak kecewa & tak dapat menerima kekalahan...hoho...tak kiralah team kita menang or kalah yang penting we are truly Malayan Tigers...pasukan kita mengaum dengan penuh kejantanan...

Daripada jurulatih hinggalah barisan para pemain kesemuanya adalah pemegang mykad...kita tak perlu jadi KIASU...badan singa tapi muka beruang panda, ekor 3 lions & kacukkan macam-macam binatang lagi...kita tak perlukan harimau dari England, China, Serbia mahupun Bosnia sebab hutan kita masih banyak lagi anak-anak harimau yang menunggu masa untuk mengaum...tunggu jelah masanya untuk kita bangkit semula

Walau apa pun, tahniah jugak buat pasukan Singapore sebab berjaya mempertahankan kemenangan tempoh hari disamping berjaya membuat serangan berbahaya...nasib baik KFCM berjaya menangkis banyak serangan kalau tak lagi banyak team kita kena...anyway, cuba lagi 4 tahun akan datang...

*nota kaki berbau :
Harimau Malaya tak kalah pada Sang Singa jantan asli, tapi kalah pada Singa Kacukkan

22 July 2011

MALAYSIA SETANDING CHELSEA




Gempak jugak tajuk kat atas tu...Mungkin agak keterlaluan

"Alaa...Gol pun nasib tu, bola belum lepas line gol pun, tapi lines man perasan macam dah masuk...kalau tak kita boleh serilah...boleh makan itu Chelsea!" ayat orang yang tak puas hati

MALAYSIA : 0 | CHELSEA : 1

Apa-apa pun tahniahlah buat Team Malaysia sebab berjaya mengekang Chelsea daripada berkenduri gol macam match-match sebelum ni...teruskan kata pengadil!

*nota kaki berbau :
The Gunners sudah, The Reds sudah, The Blues pun sudah, The Lions bila lagi? Adakah Sang Harimau Dapat membaham Si Singa???

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!


Photobucket

Di pagi Jumaat yang berbahagia ini, OdahOne nak test cuba nasib dengan JOIN "GiveAway Dari Korea Dan Bandung" anjuran & kerjasama antara kakak & adik...

Ada pelbagai Hadiah-hadiah menarik of courselah dari Korea & Bandung...hadiah ala-ala K-POP kot...lagipun bandung kan terkenal dengan syurga membeli-belah kat area Asia Tenggara ni...macam-macam barang yang ada kat sana...OdahOne selalu makan mi bandung jek tapi tak pernah sampai bandung lagi

Hadiah Giveaway:
  • 5 hadiah utama dari Bandung dan Korea.
  • 10 hadiah saguhati dari Bandung.
  • 1 hadiah istimewa untuk peserta yang tag paling ramai. ( Fridge Magnet dari Korea)


Berminat nak JOIN boleh klik pada banner yang comel kat atas tu...Syarat-syarat penyertaan pun tak susah...tak sampai 10 minit dah boleh JOIN...tarikh tutup ialah 16 hari sebelum Hari Merdeka iaitu 15 Ogos 2011

Tagging Person :

http://capemutiara.blogspot.com/ | http://nini-ab.blogspot.com/ | http://julienhakym.blogspot.com/ | http://misssukesuki.blogspot.com/ | http://butterflyinpurple.blogspot.com/

*nota kaki berbau :
Tak pernah pergi Korea tapi selalu tengok kat dalam tv...Tak pernah pergi Bandung tapi selalu minum air sirap bandung...Tak pernah dapat hadiah dari Korea & Bandung tapi kali ni dapat kot???

21 July 2011

KESAH KERETA KENA BLOCK




Pagi-pagi lagi sudah bikin panas...kereta ku telah di block...aku punyalah ushar port parking baek punya...tempat yang memang ngam-ngam untuk sebijik kereta & memang tak boleh nak double park...tapi, ada jugak yang nak menyelit kat situ...yang paling sadis dia boleh tarik handbrake pulak...aduyai, betul-betul menyeksa jiwa & sanubari aku yang tengah bersemangat nak pergi kerja

Dulu, aku dah pernah alami kes macam ni...tapi, orang yang block kereta tu ada kesedaran sivik & tak tarik dia punya handbrake just sendal dengan batu bata jek...kat depan tu ada lah lagi kereta yang sedang bersusun-susun buat double parking yang sama...maklumlah rumah pangsa parking lot mana pernah cukup...selagi ada space kat situlah diaorang parking...even kat atas kaki lima...kalau muat masuk dalam lift maybe kat depan rumah pun ada yang parking

Oleh kerana aku nak cepat, aku pun menolaklah kereta yang block kereta aku tu perlahan-lahan dengan tenaga & kudrat yang ada...inilah pengalaman pertama aku tolak kereta orang...kereta sendiri pun aku tak pernah tolak...kena tarik adalah...ops! lawak jek tu....mintak-mintak janganlah sampai kereta kena tarik malu beb...bayar hutang kat bank bulan-bulan tak pernah miss...kena pulak Mael Lambung yang tarik habislah melambung kereta aku

Lepas aku tolak kereta yang 1st tu, tiba-tiba boleh pulak kereta tu meluncur dengan lajunya & langgar kereta yang kat depan...kes perlanggaran ni tak berhenti kat situ jek, kebetulan semua kereta parking rapat-rapat & tak tarik handbrake...ada lah dalam 9 bijik kereta yang bercium antara satu sama lain...inilah namanya Teori Domino bila satu dah jatuh dia akan bertimpa-timpa antara satu sama lain

Ini sudah jadi masalah negara...aku pernah terbaca orang tampal sticker kat cermin belakang kereta bunyinya camni; "U Kiss U Pay"...alamak! takkan aku nak pay pulak bukan kereta aku yang kiss kereta korang...diaorang yang gatal kiss sesama sendiri...tapi, bila aku check kereta tu satu persatu taklah rosak teruk sangat tak nampak pun kecacatannya...fuh! lega selamat duit aku...kalau tak 9 bijik kereta aku nak kena bayar pampasan...mau habis gaji aku untuk 9 bulan

Untuk kes yang berlaku hari ni, aku menunggu dengan penuh sabar...lagipun dah inform kat Encik bos awal-awal yang kereta aku kena block...tu pun susah nak explain bagi dia faham, maklumlah bos stay kat rumah banglo kereta tak pernah kena block...kalau aku tak sabar memang dah lama kena pecah cermin kereta ni...kereta Suzuki Swiss tu...entah berapa agaknya harga cermin kereta ni kalau aku pecahkan

Setelah menunggu lebih kurang setengah jam, akhirnya tuan punya kereta pun masuk dalam kereta & alihkan kereta tu dengan muka selamba macam tak buat salah apa-apa...aku punyalah daring semacam langsung dia tak peduli...mungkin muka aku time marah & suka sama jek kot...mujurlah jugak aku ni jenis yang tak kesah, kalau jenis yang hangin satu badan mau ada calaran duit 20 sen kat kereta tu...lagipun kereta ni memang familiar parking kat sini...memang kerja dia block kereta orang lain

Mood aku nak pergi kerja pagi ni memang dah hilang...so, better aku amik time off jek lah...lagipun kalau gerak pergi kerja time-time camni memang alamat tersangkutlah aku kat jammed berjam-jam...Moral of the story; sayangilah kereta anda, parkinglah di tempat yang sesuai & sila lepaskan handbrake kalau nak buat double park


The Unsung Heroes & Heroines of Malaysia, Respect!

*nota kaki berbau :
Orang yang menunggu sambil makan snack double decker lebih baik daripada orang yang suka double park or double cross orang lain

19 July 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #4








Ibu-ibu & bapa-bapa sekalian...Jawab 3 soalan berikut & menangi wang tunai!

*nota kaki berbau :
Lidahku kelu tidak terkata...

JUALAN MERDEKARAYA


Kalau dulu kita pernah dengar Jualan KongsiRaya (Gong Xi Fa Cai + Hari Raya), Jualan DeepaRaya (Deepavali + Hari Raya), Merry Raya & tahun ni kita dengar pulak jualan MerdekaRaya sebab kebetulan tarikh Hari Raya Puasa tahun ni saing dengan Hari Kemerdekaan negara kita 31 Ogos

Ada-ada jek diaorang ni...buat confusekan konsep Hari Raya...tiap kali nak raya macam-macam jenis jualan yang diaorang buat...Jualan Koyak-Rabak pun OdahOne pernah tengok bannernya...habislah koyak rabak poket orang-orang yang shopping kat situ...diskaun sampai 80% pun ada...nak pancing orang datang beli punya pasal...kenapa tak bagi jek diskaun 100% ker kan bagus?...baru bankrupt bisnes...hoho

Belum puasa lagi dah macam-macam iklan yang keluar...iklan perabot, cat, barang kemas, pakaian, pinggan mangkuk, barang elektrik & macam-macam ...kalau iklan buah kurma tu logik masuk akal jugaklah coz bulan puasa & kurma memang tak dapat dipisahkan...memang sunnah nabi...iklan cat pun ok jugak sebab ada jenis orang yang tiap-tiap kali raya sure cat rumah macam jiran depan rumah aku dulu...paling koman pun cat pintu pagar besi...kalau tak memang tak sah & tak raya lah diaorang gamaknya

Tapi, kadang-kadang ada iklan yang takde kena mengena dengan hari raya...contoh; kedai cermin mata pun buat jualan MerdekaRaya jugak...ada ke orang yang tukar cermin mata tiap kali nak raya? or beli spect Rayband untuk pakai tiap kali Hari Raya...stylo lah ek beraya rumah orang pakai spect itam...kalau ada sorrylah maybe OdahOne yang tak up to date...siapa yang nak cuba nasib JOIN peraduan MerdekaRaya pun ada...tengok jelah kat dalam paper tu 

Pada OdahOne boleh kalau nak guna istihlah MerdekaRaya tu...tapi, maksud MerdekaRaya kat sini ialah; 

Sesiapa yang dapat harungi ujian time bulan Ramadhan & berpuasa dengan sepenuh jiwa maksudnya bukan just menahan lapar & dahaga barulah layak untuk Merdeka & sambut Hari Raya (MerdekaRaya)...tapi, kalau puasa pun asik ponteng & berpuasa just dapat lapar & dahaga nak merdeka amendenya...masih dijajah dek syaitan...kalau istihlah KongsiRaya & DeepaRaya tu memang tak sesuai digunakan sebab perayaan ni melibatkan agama mana boleh nak digabung-gabungkan sambutan lain-lain agama

*nota kaki berbau :
Hari Raya, Jalan Raya, Lebuh Raya, Jabatan Kerja Raya, Hantu Raya, Balai Raya...Raya maksudnya; besar, ramai, pesta, banyak, umum, awam...Pilihan Raya dah nak dekat ni....Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pengundi???

18 July 2011

MALAYSIA VS CHELSEA




The Gunners sudah...The Reds pun sudah...The Red Devils tahun-tahun dulu sudah...Kini, The Blues pulak datang ke Malaysia...hari tu giliran bapak harimau sekarang ni giliran anak-anak harimau pulak yang baru nak tumbuh taring...1st match habis bapak harimau kena bedil dengan meriam langsung tak nampak kuku & taring & 2nd match keluarlah sikit taring & kuku bapak harimau...nasib anak harimau kita tak tau lagi...mungkinkan akan ditenggelami oleh lautan biru?

Anyway, hope takdelah yang provoke pakai jersi biru Manchester City ditengah-tengah lautan biru penyokong Chelsea macam yang berlaku time training session team Liverpool sebelum ni...hari tu dalam lautan The Reds tiba-tiba ada pulak terselit jersi merah jugak tapi bukan jersi team Liverpool, team Man U pulak daa...memanglah cari nahas kalau duduk diam-diam takpe gak ni saja nak buat provokasi...

Tak pasal-pasal kena bukak baju depan khalayak ramai sambil di BOO...malu beb!...maybe dia saja nak glamer kot...dengar cerita video insiden ni penyokong sebenar Man U & Liverpool kat UK pun tengok & macam-macam yang diaorang komen habis penyokong Liverpool kena kutuk...penyokong Liverpool kat Malaysia ni memang ramai giler tengok jek lah kat stadium hari tu 80k orang yang datang tengok live match kat stadium, kalah match Malaysia vs Arsenal hari Rabu lepas...lautan merah, jersi kaler belang-belang or biru memang tenggelam



Tapi, kan lagi bagus kalau insiden camni yang terjadi...ditengah-tengah penyokong Harimau Malaya yang berjersi hitam kuning tiba-tiba terselit seorang peyokong yang berjersi merah Liverpool tapi warganegara Malaysia & diaorang semua menjerit; "tukar! tukar!"...barulah patriotik sikit...nasib baik jugaklah main sponsor jersi Liverpool bukan Carlsberg lagi...kalau tak tak taulah entah berapa ramai rakyat Malaysia beragama Islam yang sarung jersi penaja arak...

Dulu, was-was jugak aku nak pakai jersi Liverpool ni, tapi bila Standard Chartered dah take over legalah sikit...marilah kita menghabiskan duit tengok bola...kalau tengok ketiga-tiga match tempat duduk grandstand entah berapa RM duit yang dah habis ek? (388x3) = ???...boleh buat bajet beli baju & kuih raya woo...







Anda peminat The Blues? Anda peminat Harimau Malaya? Malaysia vs Chelsea...Jom dapatkan tiket percuma!

*nota kaki berbau :
4-0...6-3...???...adakah 6-0??? Oh...tidak!

13 July 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #3








Anda peminat The Blues? Anda peminat Harimau Malaya? Malaysia vs Chelsea...Jom dapatkan tiket PERCUMA!

*nota kaki berbau :
Kali pertama aku berdiri tak aku termimpi...adanya kehidupan & kasih sayang disini...

12 July 2011

MALAYSIA VS ARSENAL




Sure ramai yang tertunggu-tunggu pertemuan ni...walaupun just friendly match tapi para peminat The Gunners & Harimau Malaya memang takkan lepaskan peluang ni...kalau sebelum-sebelum ni peminat datang stadium just nak tengok Arsenal, Chelsea, Man U or Liverpool beraksi dalam diaorang punya Asia Tour...yelah bila lagi nak tengok favorite team main secara live kalau nak pergi UK lagi banyak bajet...


Tapi, sekarang team Malaysia pun dah ada peminatnya sendiri...esok taklah kita tengok semua penyokong yang datang pakai jersi merah walaupun yang main tu team kita sendiri...mesti ada terselit jersi kuning hitam or jersi biru yang bagi semangat kat Harimau Malaya



Apa-apa pun keputusan esok tak bawak sebarang makna...time ni lah team Malaysia nak uji kesemua pemain sebelum jumpa dengan Singapura dalam perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2014...time lawan Taiwan hari tu banyak sangat posisi yang problem...peminat pun tak harap diaorang menang just bagi fight, tunjukkan games yang menarik & tak bolos banyak pun dah cukup


Team Arsenal memang terkenal dengan kepantasan diaorang...kaki sprint memang ramai...diaorang semua lari laju macam tembakkan meriam...sebab tu lah agaknya nama The Gunners...hoho...pandai-pandai jek...tak taulah team Datuk Rajagobal boleh kejar ke tak diaorang lari or just cucuk angin

Siapa yang berminat bolehlah beli tiket sekarang, still available kot...kalau dah sold out or takde masa & tak mampu beli tiket tengok jeklah kat depan TV...harga tiket memanglah agak mahal tapi kalau compare kita nak tengok diaorang beraksi dalam EPL lagi banyak bajet yang kita kena keluar...bagi peminat kipas susah mati Arsenal rasanya harga tiket ni memang berbaloi sebab dapat tengok pemain kesayangan diaorang beraksi!




Ticketpro Internet and Call Centre Ticket Collection:
Arsenal Asia Tour 2011 ticket purchases made under Ticketpro CALL CENTRE and INTERNET please proceeds your ticket collection at the following details:
  • Venue  : Box Office, Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil (refer to map below for location)
  • Date      : 11 – 13 July 2011
  • Time      : 12pm – 8pm daily
Please produce the following for verification purpose :
  1. Identification card (for Malaysian) or passport (outside of Malaysia)
  2. Credit Card used in the transaction.
  3. Printout of the E-Mail confirmation containing the Order Transaction number upon collection
For collection on behalf, please produce the following:
  1. Authorisation letter
  2. Photocopy of Ticket Purchaser identification card or passport.
  3. Photocopy of Credit Card used in the transaction
  4. Printout of the E-Mail confirmation containing the Order Transaction number upon collection






Anda peminat The Blues? Anda peminat Harimau Malaya? Malaysia vs Chelsea...Jom dapatkan tiket percuma!


*nota kaki berbau :
Antara cakaran harimau & tembakkan meriam siapa yang lebih kuat? Jarak Lompatan seekor harimau dengan jarak tembakkan sebuah meriam mana yang lebih jauh?

1st Giveaway Hari Raya by Wati Coklat






Nak hadiah coklat untuk Hari Raya? Mahukan coklat untuk memeriahkan lagi Hari Raya anda? Inginkan coklat sebagai juadah hari raya? Baju Raya anda berwarna coklat? Jom JOIN "1st Giveaway Hari Raya by Wati Coklat"...KLIK lah banner coklat kat atas kalau rasa nak makan coklat F.O.C...make sure standby sapu tangan sebelum terjah ke blog penganjur (Wati Coklat) sebab air liur sure meleleh tengok coklat yang colurful & mengiurkan

Syarat penyertaan pun simple & memudahkan anda untuk menikmati rasa coklat yang begitu enak hasil buatan Wati Coklat...kalau nak buat sendiri & beli dah kena keluar modal tapi yang ni senang jek just buat entry yang simple-simple & tunggu jek coklat sampai kat depan pintu rumah...tu pun kalau menanglah...

Tarikh tutup penyertaan pun 25 Ogos ngam-ngam dah dekat raya...Apo tunggu lagi???

Tagging Person :


Instranet...Untuk internet yang lebih Mudah & Murah...Pay as you use?


*nota kaki berbau :
Cokelat dalam istilah umum merupakan warna berupa kuning gelap, perang, atau merah yang diikuti pencerahan yang relatif terhadap sinar atau objek warna putih???

11 July 2011

WANITA UGUT TERJUN JAMBATAN KEDUA SUNGAI MUAR


Semalam sekali lagi OdahOne terserempak dengan perisriwa live berlaku di depan mata waktu kat Muar...kelmarin peristiwa DRAMA TEBUSAN DI MUAR, kali ni sorang perempuan pulak ugut nak terjun daripada Jambatan Kedua Muar...untuk makluman dia bukannya nak buat bungee jumping or pecahkan rekod terjun daripada jambatan, tapi nak buat free jumping untuk bunuh diri...

Kebetulan OdahOne on the way nak ke Melaka tapi start daripada stesen Petronas nak naik ke jambatan kereta dah berduyun-duyun...ingatkan sekatan jalanraya untuk perhimpunan Bersih tak habis-habis lagi...kalau kotor kasi angkat cuci bersih-bersihlah awat nak bikin jalan jammed....kebetulan kami pakai couple shirt kaler kuning pulak tu...berdebar-debar gak bila tengok polis ramai-ramai kat atas jambatan tu...rupa-rupanya....???




MUAR: “Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.

Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis.
Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya.

Bagaimanapun, wanita bersenjatakan sebilah pisau itu beberapa kali meminta suaminya datang ke tempat kejadian.

Katanya, jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mengelar lehernya menggunakan pisau di tangannya.

Difahamkan, wanita terbabit bertindak sedemikian selepas mengetahui hubungan sulit suaminya bersama seorang wanita lain.

Berikutan itu, dia yang tidak berpuas hati melarikan diri dari rumahnya di Tanjong Agas dekat sini, sebelum menuju ke jambatan berkenaan.

Kakaknya, yang dipanggil polis bagi memujuknya terlebih dulu tiba di lokasi, bagaimanapun wanita itu gagal ditenteramkan, malah tetap mahu suaminya datang untuk menyelesaikan masalah.

Selepas beberapa kali mengugut mahu membunuh diri, akhirnya polis akur dengan permintaan Suriani dan mencari suaminya.

Kira-kira 10 minit kemudian, suaminya berusia sekitar 30-an tiba di lokasi dan berjaya memujuk isterinya bertenang serta menyelesaikan masalah melalui perbincangan.

“Kita selesaikan perkara ini cara baik,” teriak lelaki itu dengan jarak kira-kira 50 meter dari isterinya.

Suriani yang berpuas hati dengan pujukan suaminya, kelihatan tenang sebelum turun dari palang jambatan dan menyerah diri kepada polis.

Suami isteri berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar mengapa wanita terbabit mahu membunuh diri.

Pada masa sama, katanya, polis merampas sebilah pisau digunakan wanita itu.

“Kami percaya kejadian berpunca masalah peribadi dirinya dan suami,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh diri di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/articles/Kecewasuamicurang/Article



Fuh!...ingatkan apa tadi buat suspen jek...Apolah...tak pasal-pasal menyusahkan diri sendiri & orang lain...dah kena siasat under section 309...orang ramai yang lalu jalan tu pun dah start maki-maki sebab terpaksa berbaris panjang...ada yang dah terperangkap berjam-jam waktu jammed nak masuk KL hari sabtu lepas, ni terperangkap lagi sekali mana tak hangin...macam biasa orang ramai yang datang tengok yang sebenarnya bikin jalan jadi bertambah sesak

Moral of the story : Fikir dulu sebelum bunuh diri...especially bagi yang beragama Islam...rugi jek kalau mati bunuh diri macam mati katak...dunia tak dapat akhirat pun tak dapat...kalau dah teringin sangat nak bunuh diri janganlah menyusahkan orang lain carilah port bunuh diri yang privacy & tak ganggu orang ramai & kalau boleh mayat pun orang tak payah nak cari...pasukan bomba & penyelamat banyak lagi kerja lain yang diaorang boleh buat daripada cari mayat orang yang bunuh diri...Fikir dulu sebelum terjun


*nota kaki berbau :
Mau hidup susah mati pun susah, mati pun mau kena pegang itu bendela...Haiyaa...


Jangan lepaskan peluang untuk memenangi 6 iPads, 56 tea sets & Grand Livina daripada BOH!

08 July 2011

DRAMA TEBUSAN DI MUAR


‘AKU BUNUH SEMUA’

MUAR: “Bunuh aku, kalau tak aku bunuh semua budak yang ada.” Itu ugutan lelaki dipercayai pesakit mental yang menceroboh sebuah taska di sini dan menjadikan 30 kanak-kanak serta empat guru sebagai tebusan selama hampir tujuh jam, bermula jam 9 pagi semalam.

Ugutan lelaki bersenjatakan parang, tukul besi, pistol pengokot (stapler) dan alat pemadam api itu disuarakan kepada Penolong Pengetua Pusat Jagaan Serikids, Khoo Chon Den, 50, sambil mengacukan tukul besi kepadanya.

Khoo yang ketakutan dan serba salah, bagaimanapun enggan berbuat demikian selepas memikirkan penyerang lelaki itu bersikap baik terhadap semua tebusan termasuk mendukung seorang kanak-kanak untuk ke bilik air.

“Lelaki itu menghulurkan saya tukul besi dan menjerit supaya saya membunuhnya, namun saya tidak memenuhi tuntutannya itu kerana takut.

“Saya bimbangkan keselamatan semua kanak-kanak yang ada, namun pada masa sama tidak mahu menjadi pembunuh. 

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/2011070801012020110708010120/Article



Semalam kebetulan OdahOne lalu kat tempat kejadian...sure ramai orang muo yang tak lepaskan peluang datang tengok...kawasan tu memang penuh dengan orang ramai yang nak tahu & nak tengok sendiri episod drama tebusan, walaupun sebenarnya mengganggu tugas polis...lepas berita ni keluar kat berita pukul 1 petang semalam lagi ramai yang datang & polis terpaksa tutup jalan nak masuk ke kewasan tu

Bomba, polis & ambulans pun dah standby kat luar...selalu kita just tengok kat dalam TV tapi kali ni live depan mata...syukur semua selamat & takde yang tercedera parah or kehilangan nyawa...syabas buat cikgu-cikgu & anggota keselamatan sebab berjaya menyelesaikan drama tebusan tersebut dengan berjaya walaupun terpaksa menembak mati suspek...


Orang ramai yang tunggu kat luar especially parents budak-budak tadika kat situ memang berdebar-debar sebab dah beberapa jam still tak tau nasib anak-anak diaorang kat dalam tu...dalam area pukul 1 petang, ada dalam 2 or 3 bijik helikopter yang aku rasa diterbangkan khas dari Johor Bahru untuk bawak anggota UTK (Unit Tindakan Khas)...bila UTK dah sampai aku dah dapat bayangkan diaorang memang akan buat serbuan punya sure akan ada yang terkorban...yelah kaedah pujuk pun dah tak jalan

Nasib baiklah takde budak yang jadi korban...kalau kat  US diaorang berbangga sebab ada pasukan SWAT...kat Malaysia kita ada UTK...bangga jugaklah sebab negara kita pun ada pasukan elit camni...diaorang buat kerja memang profesional

Anyway suspek ni memang polis dah ushar dari dulu...tahun lepas dia dah ketuk kepala budak tadika dengan tukul besi...sekarang aku tengok tadika tu dah jadi macam zoo pagar dia bukan main tinggi lagi untuk safety punya pasal...legalah ibu bapa bila orang kurang siuman ni dah kena tembak...jangan ada lagi yang ikut camni dah lah

*nota kaki berbau :
A hero is a man who does what he can...Tahniah kepada semua hero-hero



Jom main teka-teka & menang $$$

07 July 2011

SHOWDOWN 2011 | FINAL SHOWDOWN RESULT



Showdown 2011 dah pun melabuhkan tirainya malam tadi di iCity Shah Alam...

And now the result...!!!!


Inilah Juara SHOWDOWN 2011...ELECOLDXHOT telah dipilih sebagai The Best Crew menewaskan HMC Phlow di pusingan final battle...memang tak boleh nak deny lah kemenangan diaorang ni...lagipun Elecoldxhot memang konsisten dari awal competition Showdown 2011 lagi & jarang mengecewakan peminat yang tengok tarian diaorang...ada jek element baru yang diaorang tunjukkan & maybe itu yang membezakan Elecoldxhot dengan krew-krew yang lain...diaorang punya persembahan memang superb, menarik & penuh energy...

Time 1st round pun aku rasa persembahan diaorang yang paling tip top & mantap berbanding krew-krew yang lain...2nd round lagi best & paling grand semua step match dengan lagu...korang yang tengok sure terhibur kan...maybe 2nd performance ni yang bagi advantage kat diaorang walaupun time Battle aku rasa diaorang agak terabur sikit...jangan marah ok peminat Elecoldxhot...ni just pendapat aku yang hanya pandai menari tarian singa...Congratz! three thumbs up!...dapatlah bawak pulang RM50k tongtong sorang RM10k...pandai-pandai jek aku bagi-bagi kan duit diaorang


Tempat Ke-2 pula jatuh kepada...(drums roll)...HMC PHLOW...mereka tewas di kaki & tangan, kepala serta badan Elecoldxhot pada pusingan final battle...my favourite crew ni...takpelah diaorang kalah pun pada krew yang lagi bagus...diaorang punya 1st performance untuk final showdown ni agak bosan sikit tapi buat comeback untuk 2nd trial...memang sengaja simpan power kot untuk final performance...

Background muzik untuk 2nd performance pun best energetic sikit...memang HMC Phlow bagi all out untuk pusingan Top 3 ni & melayakkan diaorang untuk bersaing dalam pusingan Battle or Top 2...memang habis semua energy & skills yang diaorang keluarkan time battle...berentap habis-habisan sampai terabur step krew Elecoldxhot dibuatnya...aku yang tengok pun rasa teruja macam nak melompat join the battle...malangnya diaorang tak dapat jadi juara....kalau ikut pandangan aku time Battle diaorang yang terbaek...anyway good job guys aku memang syok & terhibur


Tempat Ke-3...BOUNCE STEPPERZ...Krew ni memang mewarnai dunia Showdown 2011 dengan element yang baru lain daripada yang lain...diaorang tampil dengan street traditional menjadikan krew Bounce Stepperz ni krew yang paling unik dalam Showdown 2011...mereka menggabungkan street dance dan tarian tradisional melayu sebagai genre tarian mereka...syok jugak tengok performance diaorang ni sebab nak tunggu tarian tradisional apa pulak yang diaorang nak ketengahkan pada setiap showdown...

Time 1st round diaorang bawak tarian tradisonal India...layankan jek tapi belum cukup nak buat peminat & judges impress...untuk Top 3 round diaorang selitkan pulak tarian bercorak Kemelayuan tapi bukanlah tarian yang layu-layu...adalah nilai estetika yang tersendiri...macam biasa untuk competition camni orang just nak tengok persembahan yang ada energy bukan Tarian Makyung or Tarian Kebudayaan...So, tak dapatlah nak teruskan dalam pusingan Battle...anyway, diaorang dah buat satu fenomena baru dalam Showdown 2011 yang mungkin akan jadi ikutan


ROKUSTEPS MENDUDUKI TEMPAT KE-4...mendapat undian yang terendah dalam Final Showdown...awal-awal lagi krew ni dah terkeluar tak dapat join Top 3...lagipun persembahan diaorang just biasa-biasa jek...takde kelainan or keistimewaan yang jelas ketara...sebab kat Final showdown ni peminat & judges just nak tengok something diffrent yang outside the box...kalau boleh guling-guling or pintal-pintal kepala 360 degree lagi bagus...hoho......tapi, syabas sebab Rokusteps satu-satunya Bboys yang bertanding di Final Showdown 2011...

The final whistle got to blowdown...... !!!!!


*nota kaki berbau :
Suka-suka...joget dipinggir jalan...berjoget walau bukan street dance asli  yang penting kita bisa hepi???



F&N’s Big Fun Fest is back. Come to Bukit Bintang on the 23rd of July and join the biggest dance mob in town!

06 July 2011

WORDLESS WEDNESDAY | ODAHONE #2







*nota kaki berbau :
Bercanda Dipasiran Pantai



Music and biscuits? = Love...Can't Help Falling in Love(Cover) @ 3:50

05 July 2011

SHOWDOWN 2011 | THE FINAL SHOWDOWN





Esok Showdown 2011 dah pun sampai ke peringkat Final Showdown...ada 4 krew yang memang gempak akan buat showdown esok...diaorang semua memang superb & layak untuk berentap ke final...jom layan krew-krew ni...





Diaorang semua ni akan mempersembahkan tarian dengan ‘style’ “krump-ing”, “lock-ing” dan “break dance” time final nanti...pilihlah krew mana yang korang suka...tapi aku tengok krew-krew kali ni lagi gempak sebab ada macam-macam style & lebih variasi...macam-macam element tarian yang diaorang selitkan berbanding Showdown 2010...krew-krew lebih kreatif dengan menggabungkan tarian-tarian lain dalam setiap persembahan...taklah stick pada tarian hip hop jek

SHOWDOWN 2011 start on air pada 6 April 2011, setiap Rabu jam 9.30 malam di 8TV...aku pun tak pasti ramai ke tak yang layan rancangan ni...budak-budak muda yang baru nak naik minat kot...aku yang dah tak berapa muda pun layan jugak...paling aku suka time 'Battle'...lagipun dulu aku suka main game 'Samurai Showdown'...ni yang sampai terbawak-bawak...rancangan SHOWDOWN memang satu-satunya rancangan pencarian tarian krew jalanan yang tergempak di Malaysia untuk mencari krew terbaik...best among the best beb!

Kalau dulu orang pandang tarian jalanan ni macam sesuatu yang tak berkembang just kat jalanan jek...bergolek-golek & terkinja-kinja kat tepi-tepi jalan sambil orang lalu lalang tengok & pandang negatif...yelah dah nama pun JALANAN orang mesti dah set kat kepala benda yang tak elok...tapi, kalau diubah jadi bahasa orang puteh bunyinya jadi best sikit 'Street Dance' walaupun maksudnya sama jek...macam jugak street soccer bila dinaik taraf dimainkan dalam gelanggang & tukar nama Futsal terus popular & ramai yang nak main tak kira laki or perempuan

Rancangan Showdown ni dah pun menaikkan taraf tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ni...tarian jalanan pun nak jugak penghormatan & perhatian setaraf dengan tarian-tarian glamer yang lain macam ‘ballroom dancing’ & tarian tradisional...taklah orang asyik  nak layan tarian zapin & tarian makyung jek...tapi kalau tarian tiang lagi ramai yang suka layan


Kat atas ni Penyampai radio Fly FM, Hafiz Hatim orang yang tanggungjawab mengacarakan SHOWDOWN 2011 termasuklah time Final Showdown esok...dia buat jobs memang sempoi sambil dimeriahkan dengan kehadiran Joe Flizzow, penyanyi rap terkenal dan Maple Loo (koreografer / penari) selaku juri tetap SHOWDOWN 2011...Jom kita Showdown esok!...Siapa yang akan dapat Grandprize RM50k???

*nota kaki berbau :
Are You Ready for the showdown? The whistle got to blow.......downnnnnnnn!...Preet!...Preeet!...Preeeeet!


MTV World Stage is happening Live in Malaysia at iCity Shah Alam on 24th July 2011

04 July 2011

1ST ANNIVERSARY GIVEAWAY DUNIA SEBENAR SHIDA


Setelah di TAG oleh Princess MOMOY, maka dengan ini diumumkan OdahOne secara rasminya menJOINkan diri dalam GA seperti yang tertera di atas..."1st Anniversary Giveaway Dunia Sebenar Shida"...Sesiapa yang berminat bolehlah KLIK banner kat atas tu mana tau anda bernasib baik untuk memenangi hadiah-hadiah seperti berikut :




Menarik bukan? Tapi jangan terkeliru dengan salah satu hadiah tu...bukannya menang dapat laptop just notebook skin jek...Untuk makluman hanya 100 peserta terawal sahaja yang layak untuk JOIN GA ni...So, siapa lambat boleh cuba lain kali pulak


Pendapat Anda Tentang Shida Dan Blog Shida (ini soalan yang wajib kena jawab sebelum layak nak menang hadiah...tidak melebihi 100 patah perkataan...penganjur GA cakap jangan buat macam karangan SPM)

Tentang Shida :
Ini pendapat OdahOne tentang Cik Shida melalui penampilan dalam blog sebab tak pernah jumpa...
Seorang yang kreatif | Sukakan warna-warna yang lembut mungkin juga berjiwa lembut | Tak lokek ilmu sebab siap bagi tutorial dalam blog | Peramah & Mesra Alam (follower pun ramai) | Sukakan filem-filem lama sebab backrgound blog ada efek macam filem dulu-dulu (sori kalau silap)

Blog Shida :
Blog berwarna biru yang membuatkan para pengunjung jadi cool | Kemas & tersusun | Mesra pengguna dengan background berwarna putih beserta tulisan & gaya penulisan yang senang nak baca | Widget icon & font yang menarik | banyak info & tutorial berguna

Kawan-kawan Yang Di Tag untuk menJOINkan diri :


*nota kaki berbau :
Tak salah kalau ingin mencuba...Tak salah kalau ingin meneka...Tak salah jugak kalau dah cuba & dah teka tapi tak menang-menang



Apa Jenis Smartphone Anda? Learn about The Differences Between Smartphones
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...